Syarikat Di UK Rugi Besar Selepas Siapkan 18,000 Helai Baju Dengan Cetakan ‘England Juara Piala Dunia’

Sebuah syarikat di UK berdepan kerugian yang sangat besar selepas mereka mengeluarkan baju dengan cetakan ‘England Juara Piala Dunia’ dan baju tersebut gagal untuk dijual.

Satu hal yang pasti, mereka sukar untuk menjual baju tersebut adalah kerana England bukan juara saingan Piala Dunia di Qatar pada tahun ini.

Skuad The Three Lions tersingkir di peringkat suku akhir selepas mereka tewas 2-1 di tangan Perancis pada hujung minggu lalu.

Gol jaringan Aurelien Tchoumeni dan Olivier Giroud sudah cukup untuk menghantar skuad kendalian Gareth Southgate itu untuk pulang dengan tangan kosong.

Harry Kane berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti sebelum Perancis kembali mendahului, dan beliau turut berpotensi untuk sekali lagi mengikat kedudukan, namun kesempatan tersebut dipersia-siakan olehnya.

Kegagalan Kane menyempurnakan sepakan penalti pada hujung-hujung permainan itu secara tak langsung mengesahkan kekalahan England di tangan Perancis.

Kekalahan tersebut jelas sekali memberi impak kepada keseluruhan kem England dari pengurus, pemain, barisan kejurulatihan dan penyokong.

Memandangkan England turun sebagai pasukan kegemaran, jelas sekali ramai peminat yang akan sangat berharap agar mereka akan berjaya untuk membawa pulang Piala teragung dalam dunia bola sepak itu ke bumi Inggeris.

Melihat England tewas, para peminat jelas sekali sangat kecewa dan sepertinya ada golongan yang lebih kecewa dari penyokong yang lain, kerana ia melibatkan masa depan perniagaan mereka.

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh Karl Baxter terpaksa menanggung rugi besar selepas mereka mengeluarkan baju dengan cetakan ‘England Juara Piala Dunia’.

Baxter mencetak baju tersebut sebanyak 18000 helai dan beliau bercadang mahu menjual baju tersebut dengan harga £29.99 sehelai.

https://twitter.com/MirekuKwaku/status/1602590073362563077?s=20&t=9oLkdgLnF5A5_1kgeNoD_A

Memandangkan baju tersebut tertulis England menjadi juara Piala Dunia, namun hakikatnya tidak, maka beliau terpaksa menurunkan harga baju tersebut dengan harga yang jauh lebih murah.

Apa yang sebenarnya tertulis pada baju tersebut? ia sangat-sangat menyedihkan untuk memakai baju itu selepas melihat England tersingkir di peringkat suku akhir.

“England, Juara Piala Dunia 2022. (Bola Sepak) Akhirnya tiba di rumah.”

Baju tersebut kini dijual dengan harga serendah £9.99 sahaja dan walau sudah semurah itu, namun sepertinya masih tiada sesiapa yang mahu membeli baju tersebut.

Baxter dalam satu sidang media ada menyatakan bahawa:

“Saya sangat kecewa melihat England tersingkir dari pentas Piala Dunia.”

“Saya sebelum ini sangat kagum dengan persembahan England di Qatar dan saya sangat yakin mereka akan menang dalam pertandingan pada tahun ini. Ketika ada pembekal yang mencadangkan untuk mencetak baju, saya jelas sekali tak boleh menolak.”

“Tapi sekarang saya ada simpan 18000 helai baju yang mengatakan mereka akan menang dan saya tak pasti apa perlu saya lakukan.”

“Saya mengharap penyokong England akan beli satu baju ini dan simpan ia sebagai satu sejarah dan ia akan mengingatkan tentang bagaimana hebatnya pasukan kita sepanjang pertandingan ini.”

Baxter kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Walaupun mereka tak menang, mereka tetap juara di mata saya.”

Spekulasi berkait masa depan Southgate semakin hangat diperdebatkan pada ketika ini dengan rata-rata penyokong England berharap agar beliau akan dipecat.

Pengurus berusia 52 tahun itu berjaya membawa England mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Dunia 2018 dan perlawanan akhir saingan Euro 2020.

Namun dengan barisan pemain yang beliau miliki, peminat merasakan beliau seharusnya sudah boleh memenangi kedua-dua pertandingan Euro dan Piala Dunia.

Dek kerana Southgate masih gagal untuk membawa England memenangi apa-apa kejuaraan dan pemilihan pemain beliau juga turut sering dipertikaikan, maka kerana itulah peminat mengharap beliau akan dipecat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN