Tak Dapat Piala, England Bawa Kucing Dari Qatar Sebagai Tanda Kenang-Kenangan

England secara rasminya gagal untuk membawa pulang Piala Dunia ke bumi Inggeris, namun sepertinya mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Skuad The Three Lions itu bakal membawa pulang ‘kawan’ baharu yang comel dan berbulu ke bumi England selepas mereka sah tidak akan membawa pulang Piala teragung dalam dunia bola sepak itu.

England tersingkir dari saingan Piala Dunia tahun ini selepas mereka tewas di tangan Perancis di peringkat suku akhir kemarin.

Ia jelas sekali satu hal yang sangat menyedihkan untuk keseluruhan kem England dari pengurus, barisan kejurulatihan, pemain hingga lah penyokong.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu sebenarnya dianggap sebagai calon kegemaran untuk muncul juara saingan Piala Dunia edisi tahun 2022 ini.

Para pemain sendiri juga turut sangat yakin yang mereka bakal membawa pulang Piala teragung dalam dunia bola sepak itu kembali ke bumi Inggeris.

Namun begitu, kekalahan bertemu Perancis menyebabkan England tersingkir dari saingan Piala Dunia dan hasrat mereka untuk membawa pulang piala tersebut terpaksa sekali lagi ditangguhkan.

Para pemain sudah bersedia untuk kembali ke rumah masing-masing dan mereka sepertinya tidak akan pulang dengan tangan kosong.

Tak dapat bawa pulang piala, skuad England akan membawa pulang maskod baru ke bumi Inggeris dari Qatar.

Pemain pertahanan, Kyle Walker dan John Stones merupakan dua pemain yang mula-mula menemui kucing tersebut di padang latihan mereka di lapangan hotel Al Wakrah.

Kedua-dua mereka kemudiannya telah menamakan kucing tersebut dengan nama Dave.

Sepanjang empat minggu mereka di sana, kucing tersebut sebenarnya sentiasa bersama skuad England untuk meminta makan dan terus menemani mereka.

Bercakap dengan media rasmi FA, Walker mendedahkan bahawa:

“Satu hari tu dia ada di sana, jadi kami terus pelihara dia, saya dan Stonesy.”

“Dave sentiasa diterima… segelintir orang memang tak suka dengan kucing, tapi saya sayang dia.”

Jelas Walker.

Menjelang aksi bertemu Perancis, kucing tersebut juga turut terlibat dengan satu insiden pergaduhan, namun tak pasti adakah beliau bergaduh dengan kucing Perancis atau kucing jalanan lain.

Sebelum aksi bertemu Perancis, Stones telah ditanya tentang insiden pergaduhan melibatkan Dave dan bintang Manchester City itu menjawab:

“Dave baik-baik sahaja.”

Jelas Stones.

“Dia memang ada bergaduh dengan kucing lain malam semalam. Saya rasa mereka bergaduh kerana berebut tempat dan makanan. Tapi keadaan dia baik-baik sahaja.”

“Semoga saya boleh tepati janji saya yang dia akan ikut kami pulang jika kami menang Piala Dunia. Dave baik-baik sahaja, terima kasih kerana bertanya.”

Dua jam selepas skuad England beredar, Dave turut dihantar ke veterinar untuk ujian darah dan vaksin sebelum beliau akan dikuarantinkan selama empat bulan untuk terbang ke England.

Menurut laporan dari The Guardian, Dave mungkin akan diuruskan oleh Stones atau Walker selepas beliau tiba di England nanti.

Kucing tersebut juga dikatakan bukanlah kucing yang sama dengan kucing yang dilempar oleh kem Brazil ketika sesi sidang media baru-baru ini.

Hal itu kerana Dave tidak pernah masuk ke bilik sidang media dan beliau sentiasa berada di bawah jagaan para pemain dari skuad England.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN