Brazil gagal menewaskan Switzerland dalam perlawanan pertama mereka.
Brazil mendahului menerusi Phil Coutinho menerusi cara signature beliau yang melencongkan bola ke far post. Switzerland kemudian berjaya mengimbangi dominasi Brazil pada awal perlawanan.
Neymar agak ‘overplay’ pada separuh masa pertama membuatkan tempo perlawanan Brazil agak tersekat.
Pada separuh masa kedua, Switzerland ternyata memberikan masalah kepada Brazil. Mereka melancarkan beberapa serangan dan permainan bertenaga.
Switzerland menyamakan kedudukan menerusi Steven Zuber hasil daripada sepakan penjuru dalam keadaan free header.
Pemain-pemain Brazil membantah gol itu mendakwa Miranda ditolak terlebih dahulu. Pengadil enggan melayan rengekan pemain Brazil.
Selepas itu Brazil melakukan beberapa percubaan lagi. Namun penjaga gol Switzerland, Yann Sommer cemerlang di hadapan gawang beliau. Gabriel Jesus kemudian mendakwa dirinya dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Pada minit-minit akhir, Brazil mendapat beberapa peluang di hadapan gol namun gagal untuk mendapat gol kedua. Brazil melakukan 21 percubaan ke arah gol namun hanya 5 yang tepat.
Perlawanan tamat 1-1. Ini adalah pertembungan 2 pasukan pilihan di dalam kumpulan E. Sebelum perlawanan ini Serbia menang ke atas Costa Rica. Ini adalah kedudukan semasa kumpulan E.