Rating Pemain Jerman vs Mexico, Ochoa Terbaik, Khedira Dan Ozil Kurang Bermaya

Rating pemain untuk aksi Mexico menentang Jerman. Juara bertahan dikejutkan oleh Mexico hasil jaringan kemenagan oleh Hirving Lozano.

Mexico

Ochoa – 9

Ia mengingatkan kita kepada aksi beliau pada 4 tahun lalu ketika menentang Brazil. Beliau melakukan 9 saves dalam perlawanan ini. Pemain terbaik perlawanan pilihan kami.

Carlos Salcedo – 7

Bertahan baik untuk meneutralkan ancaman daripada Draxler dan banyak membantu bek tengah.

Hugo Ayala – 7.5

Beliau menjadi pemain yang 7 clearances dan 2 pintasan dalam perlawanan ini berhadapan serangan Jerman bertali arus.

Jesus Gallardo – 7.5

Pemain 23 tahun ini membuatkan Thomas Muller dan Mesut Ozil agak sunyi dalam perlawanan ini.

Hector Herrera – 7

Rajin membantu pertahanan dan melakukan beberapa aksi defensif penting di tengah

Andres Guadrado – 7.5

Beliau banyak melakukan hantaran penting untuk serangan balas. Bermain dengan bertenaga di tengah.

Carlos Vela – 6

Agak kurang impak dalam serangan. Beliau berpeluang menjaringkan gol tetapi sayang hantaran Hernandez tersasar.

Hirving Lozano – 7.5

Beliau adalah pemain yang paling menyusahkan pertahanan Jerman pada separuh masa pertama dan menjaringkan gol kemenangan.

Miguel Layun – 6

Jika beliau lebih cepat membuat keputusan dan lebih klinikal, beliau boleh meletakkan pasukan beliau di hadapan sama ada sebagai penjaring gol ataupun pencipta gol.

Javier Hernandez – 6.5

Beliau hampir menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Menjadi pemain penting pada fasa serangan balas tetapi ada beberapa sentuhan akhir yang menghampakan.

Pemain gantian

Edson Alvarez – 6

Kemasukan beliau lebih kepada untuk membantu pertahanan. Tidak banyak aksi daripada beliau.

Rafael Marquez – 6

Legenda Mexico ini masuk untuk menambahkan unit pemain di kawasan pertahanan.

Raul Jimenez – 5.5

Masuk menggantikan Hirving Lozano. Banyak melakukan hantaran tak tepat.

Jerman

Manuel Neuer – 6.5

Melakukan 3 ‘saves’ dalam perlawanan ini. Kurang diancam kerana Mexico agak gopoh dalam beberapa keadaan mereka boleh menguji Neuer lebih banyak.

Plattenhardt – 6

Debut yang tidak begitu meyakinkan untuk beliau di Piala Dunia. Kerapkali ditewaskan dengan mudah di bahagian sayap.

Boateng – 6.5

Beliau kelihatan masih belum mendapat rentak terbaik beliau. Berjaya mematikan beberapa ancaman penting

Hummels – 7

Hummels aktif cuba membantu bahagian serangan apabila perlu. Beliau juga cepat untuk berlari pulang ke zon pertahanan apabila diserang balas.

Joshua Kimmich – 7

Secara ofensif beliau sangat baik. Secara bertahan sukar untuk menyalahkan beliau kerana sistem mengarahkan beliau berada di zon sangat tinggi. Kesannya, zon beliau sangat kosong dan bocor.

Khedira – 5.5

Bukan hari yang baik untuk Khedira. Beliau sepatutnya menjadi ‘cover’ apabila 2 bek sisi naik ke atas. Hari ini beliau lebih fokus berada di zon serangan dan melupakan tugas melindungi bek berempat.

Toni Kroos – 7

Pemain paling banyak melakukan percubaan gol. Beliau terlibat dengan banyak gerakan di atas.

hec

Thomas Muller – 5.5

Beliau tidak beraksi baik pada hari ini. Mencatatkan hanya 71% ketepatan hantaran dan tidak banyak aksi di dalam kotak penalti seperti kebiasaannya.

Ozil – 6

Ozil turut tidak beraksi dalam prestasi terbaik. Mungkin kerana diarahkan bermain di posisi lemah.

Timo Werner – 6.5

Hanya melakukan 3 percubaan dalam perlawanan ini dan hanya 1 sahaja yang tepat. Hari yang sukar untuk beliau kerana pertahanan Mexico berada dalam prestasi yang baik

Pemain gantian

Marco Reus – 6.5

Beliau nampak lebih baik daripada beberapa pemain yang bermain lebih lama di dalam padang.

Julian Brandt – 7

Walaupun dalam tempoh agak singkat, beliau mencipta peluang dan juga melakukan percubaan gol yang bahaya. Nampak sangat cergas dan lincah.

Mario Gomez – 6

Tidak banyak boleh diceritakan kerana beliau hanya ada dalam padang 10 minit. Memiliki 1 tandukan bebas namun tersasar. Namun kehadiran beliau di dalam kotak penalti membuka ruang kepada pemain lain.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN