Previu: Mertens Iktiraf Belgium Pasukan Pilihan Juara Piala Dunia

Belgium diletakkan sebagai pasukan pilihan berhadapan dengan antara pasukan yang dianggap paling lemah dalam Piala Dunia kali ini iaitu, Panama di Sochi.

Pasukan generasi emas

Belgium memiliki bintang-bintang seperti Dries Mertens, Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan ramai lagi.

Ini boleh dikatakan peluang terakhir untuk generasi emas Belgium ini menikmati kejayaan. Sebelum ini dalam 2 kejohanan major, Belgium gagal menepati jangkaan ramai.

Mertens: ‘Kami juga pasukan pilihan’

Bercakap kepada wartawan, Dries Mertens percaya Belgium adalah pasukan yang patut diletakkan sebaris dengan Perancis, Sepanyol, Brazil dan Jerman sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini.

“Pasukan kami hari ini mahu melakukan sesuatu yang lebih baik selepas Euro lalu. Setiap orang memiliki keinginan yang tinggi.”

Beliau yakin yang Belgium adalah pasukan yang sangat berpengalaman dalam kejohanan major.

“Semua orang sangat fokus dan berkeinginan tinggi. Kamu tahu kekuatan pasukan dalam kumpulan ini. Jika ini kali pertama kami bermain dalam Piala Dunia, baru saya boleh katakan pasukan ini kurang pengalaman.”

“Tetapi ini sudah kali ke-3 pasukan ini muncul dalam kejohanan besar dengan majoriti kumpulan pemain yang sama.”

“Itu sudah cukup untuk kami menyatakan yang kami merupakan salah sebuah pasukan pilihan.”

Belgium dijangka tidak akan dapat menggunakan khidmat Kompany yang tidak cergas kerana kecederaan di bahagian groin.

Panama perlu lebih dihormati

Lawan mereka hari ini adalah Panama. Pasukan yang sentiasa dikatakan tiada harapan sejak dari hari pertama kelayakan. Namun mereka telah berjaya menyingkirkan pasukan Amerika Syarikat daripada pusingan kelayakan.

Mereka akan memperkenalkan diri mereka kepada dunia pada hari ini. Inspirasi daripada pasukan seperti Iceland mungkin akan digunakan oleh pasukan ini.

Pemain tengah mereka, Valentin Pimentel menyatakan terharu apabila melihat ada kelompok penyokong mereka yang datang dari Panama ke Rusia. Beliau dan rakan-rakan akan cuba sedaya upaya membalas sokongan penyokong mereka.

Mertens menyatakan yang beliau kagum dengan kejayaan Iceland mengikat Argentina. Dan beliau merasakan Panama juga boleh memberikan masalah yang sama kepada mereka.

“Inilah Piala Dunia, semua pasukan yang datang ke sini semuanya boleh bermain, mereka ada kekuatan tersendiri.”

“Iceland adalah pasukan yang sangat bagus dan saya berharap menentang Panama kami akan dapat bermain bola sepak kami.”

“Jujur saya akui, tak tahu sangat tentang pasukan mereka. Namun saya menjangkakan mereka adalah sekumpulan pemain yang penuh dengan cita-cita.”

“Layak ke Piala Dunia adalah perkara yang hebat untuk negara dan rakyat Panama. Pasukan yang menyingkirkan Amerika Syarikat ini berhak lebih dihormati. Mereka pejuang, mereka ada mentaliti yang kuat serta sangat kompetitif.”

“Saya tak menjangkakan pertemua kami akan menjadi perlawanan mudah. Perlawanan pertama di Piala Dunia sentiasa sukar.”

Pemain tumpuan

Eden Hazard (Belgium)

Walaupun awal musim 2016/17 Hazard bergelut dengan prestasi, namun beliau berjaya mendapatkan semula aksi terbaik selepas itu. Ini adalah peluang untuk Hazard menjadi bintang utama yang melakar nama dalam sejarah Piala Dunia.

Roman Torres (Panama)

Beliau adalah bek tengah yang sangat kuat dan fizikal. Namun hari ini beliau kemungkinan besar akan berhadapan dengan Lukaku.

Sebelum wisel

Ini adalah pertemuan pertama 2 negara ini dalam sejarah. Belgium masih belum tewas adalam 9 perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Piala Dunia.

Panama mara ke Piala Dunia dengan rekod yang agak pelik iaitu dengan perbezaan jaringan negatif. Mereka menang 3 daripada 10 perlawanan di pusingan kelayakan.

Roberto Martinez menjadi bukan anak jati Belgium pertama selepas Scot Doug (1954) membimbing Belgium di pentas Piala Dunia.

Jurulatih Panama, Hernan Dario Gomez ada rekod unik. Ini adalah pasukan ke-3 yang beliau bantu untuk layak ke Piala Dunia selepas Colombia (1998) dan Ecuador (2002).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN