Swansea City Umum Perlantikan Carlos Carvalhal Sebagai Pengurus Baru, Penyokong Swansea Risau

Swansea City mengumumkan perlantikan pengurus berbangsa Portugal, Carlos Carvalhal sebagai pengurus baru mereka sehingga hujung musim 2017/2018 ini. Carvalhal bakal mengendalikan Swansea buat pertama kali ketika menentang Watford dalam aksi Premier League pada Sabtu ini.

Carvalhal, yang meninggalkan Sheffield Wednesday untuk menyertai kelab Wales ini, menggantikan mantan pengurus, Paul Clement yang dipecat pada 2 minggu lepas. Beliau dilaporkan telah mengambil alih sesi latihan pertama pasukan daripada pengurus sementara yang juga pemain, Leon Britton.

Siapa Carlos Carvalhal?

Pengurus berusia 52 tahun ini kaya dengan pengalaman mengurus pasukan di 4 negara – Greece, Turki, England dan Portugal.

Pasukan pertama yang diuruskan oleh bekas pertahanan tengah Braga yang kini berusia 52 tahun ini adalah pasukan Espinho di liga divisyen ke-3 Portugal. Kemudian beliau diberi peluang mengurus 3 lagi pasukan divisyen bawahan Portugal, Freamunde, Aves dan Leixoes.

Ketika mengurus Leixoes, Carvalhal mula mendapat perhatian media selepas menjadi ketua jurulatih pertama di Portugal yang membawa pasukan divisyen ke-3 Portugal ke kejohanan UEFA Cup (kini UEFA Europa League).

Ketika inilah nama Carvalhal mula mendapat perhatian. Vitoria Setubal yang baru diturunkan dari Primeira Liga pada musim 2002/2003 memberi tugasan naik semula ke ke liga teratas Portugal itu kepada Carvalhal – di mana beliau berjaya melakukannya dalam masa satu musim.

Kejayaan Carvahal mempromosikan Vitoria Setubal dari liga divisyen ke-2 hingga ke Primeira Liga membolehkan beliau mula diberi peluang untuk mengurus pasukan liga teratas Portugal.

Pasukan Primeira Liga seterusnya yang mendapatkan servis Carvalhal adalah Belenenses, Braga dan Beira Mar sebelum pulang semula ke Vitoria Setubal.

Kepulangan Carvalhal ke Vitoria Setubal buat kali kedua ini adalah tempoh masa paling produktif bagi beliau sebagai pengurus pasukan. Beliau berjaya membawa Vitoria untuk menamatkan kempen Primeira Liga di tangga ke-6, layak ke UEFA Cup dan merangkul trofi Taça da Liga, menewaskan Sporting CP dalam perlawanan akhir.

Carvalhal kemudiannya berhijrah ke Greece untuk mengurus Asteras Tripolis. Bagaimanapun jangka hayat karier beliau di Greece tidak bertahan lama sebelum pulang untuk mengurus Maritimo di Primeira Liga.

Bagaimanapun Carvalhal gagal mengulangi resepi kejayaan beliau sebelum ini di Maritimo. Bagaimanapun ia masih tidak menghalang Sporting CP untuk memberi peluang kepada beliau menjadi pengurus interim mereka selepas memecat Paulo Bento.

Selepas setahun mengurus Sporting CP, Carvalhal berhijrah ke Turki pula untuk mengurus Besiktas dan Istanbul Basaksehir, sebelum mengambil tugasan sebagai pengarah teknikal kelab UAE, Al Ahli.

Pada tahun 2015, Carvalhal berhijrah buat kali pertama ke England untuk mengurus Sheffield Wednesday. Di sana, beliau berjaya mentransformasikan The Owls menjadi sebuah pasukan menyerang yang berjaya sehingga mampu bersaing di play-off promosi Premier League buat dua tahun berturut-turut.

Sheffield Wednesday tewas perlawanan akhir play-off Championship pada musim 2016/2017 kepada Hull City dengan keputusan 0-1 di Wembley. Pada musim berikutnya, anak buah Carvalhal tewas kepada Huddersfield Town (yang kini bermain di Premier League) dalam penentuan penalti separuh akhir play-off Championship.

Pada musim ini, Carvalhal agak bergelut dengan Sheffield Wednesday hanya menduduki tangga ke-14 liga selepas 24 perlawanan.

15th December 2017, Hillsborough, Sheffield, England; EFL Championship football, Sheffield Wednesday versus Wolverhampton Wanderers; Sheffield Wednesday fans call for Carlos Carvalhal’s sacking (Photo by Mark Cosgrove/Action Plus via Getty Images)

Sudah pastinya perlantikan Carvalhal ini merupakan satu risiko buat Swansea. Tetapi agak menarik juga untuk kita lihat apa yang boleh dilakukan oleh pengurus tak dikenali ini dalam liga paling kompetitif di dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN