Dua Jaringan Alexis Sanchez Beri Mata Penuh Buat Arsenal Di Selhurst Park

Alexis Sanchez

Arsenal berjaya menewaskan Crystal Palace 3-2 dalam pertembungan derbi London yang menghiburkan terutamanya di babak kedua pada perlawanan yang berlangsung di Selhurst Park.

Arsenal berjaya memperoleh gol pendahuluan pada minit ke-25 selepas berpunca daripada percubaan dilakukan Alexandre Lacazette berjaya ditepis Julian Speroni.

Shkodran Mustafi yang tidak dikawal pertahanan Crystal Palace berjaya menolak mudah untuk jaringan pertama buat Arsenal.

Andros Townsend kemudiannya kembali  menyamakan kedudukan empat minit selepas babak kedua bersambung setelah beliau menyempurnakan dengan baik umpanan yang dilakukan Winfried Zaha.

Arsenal kembali memperkemaskan aksi selepas tersentak dengan jaringan tuan rumah itu. Hasilnya Alexis Sanchez meledakkan rembatan padu dalam kotak penalti untuk kembali meletakkan Arsenal dihadapan.

Alexis Sanchez
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 28: Alexis Sanchez of Arsenal (7) scores their third goal past Julian Speroni of Crystal Palace during the Premier League match between Crystal Palace and Arsenal at Selhurst Park on December 28, 2017 in London, England. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

Tidak cukup dengan itu, Alexis Sanchez sekali lagi membolosi gawang Crystal Palace bagi mengukuhkan kedudukan selepas beliau yang berjaya melepasi perangkap ofsaid dengan tenang memperdayakan Speroni di gawang Palace.

Pemain pertahanan, James Tomkins merapatkan kedudukan dengan tandukan yang menewaskan Petr Cech pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan tersebut masih belum cukup untuk menafikan kemenangan Arsenal sekaligus The Gunners mencatatkan rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 120 kemenangan dalam pertembungan derbi London.

Kemenangan ini lebih signifikan apabila pengurus Arsenal, Arsene Wenger menikmati 810 perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal bagi menyamai jumlah yang dicapai Sir Alex Ferguson dalam membimbing satu pasukan.

Wenger telah mencatatkan 468 kemenangan daripada 810 perlawanan tersebut. Pencapaian Sir Alex Ferguson lebih baik apabila meraih 528 kemenangan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN