Jurgen Klopp Mahu Penyokong Liverpool Lupakan Mengenai Harga Virgil Van Dijk

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya bahawa pembelian terbaru kelab, Virgil Van Dijk akan membuktikan kehebatannya dan pengendali dari Jerman itu juga turut mengakui kualiti yang dimiliki pertahanan tengah tersebut.

Dalam pada itu, Klopp turut mengharapkan supaya para penyokong setia Liverpool dapat melupakan mengenai nilai yang tinggi £75 juta bagi mendapatkan khidmat Van Dijk.

Beliau percaya pemain tersebut mempunyai kualiti yang mampu untuk membuatkan pelaburan wang yang dilakukan Liverpool itu berbaloi.

Klopp berjaya memujuk ahli lembaga pengarah Liverpool untuk  berbelanja besar bagi mendapatkan Van Dijk yang sekaligus menjadi pemain pertahanan termahal dalam sejarah bola sepak dunia.

Pemain berusia 26 tahun kelahiran Breda, Belanda itu akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain baru The Reds apabila jendela perpindahan musim sejuk dibuka pada Januari 2018.

Jurgen Klopp berkata kepada Sky Sports, ”Saya dapat bayangkan bahawa orang ramai berfikiran ‘wow, besarnya nilai tersebut, tetapi bagi saya ianya tidaklah begitu menarik minat saya. Bukan kami yang meletakkan harga tersebut, tetapi ianya ditetapkan oleh pasaran pemain.”

”Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh semua penyokong Liverpool adalah mesti melupakan mengenai harga tersebut dengan cepat.”

”Kami hanya bercakap mengenai pemain dan apa yang dia boleh sumbangkan kepada pasukan. Kualiti yang dimiliki, mentalitinya, karakter dan itu yang membuatkan mengapa kami begitu gembira dengan perkara ini.”

Klopp tidak mahu terlalu memikirkan mengenai Van Dijk yang sedikit bergelut pada permulaan musim ini ketika di Stadium St Mary’s.

”Ia mungkin bukan separuh musim yang terbaik buat Van Dijk di Southampton, dia mengalami kecederaan panjang dan kami semua mengetahui apa yang berlaku pada musim panas lalu (pendekatan ‘pintu belakang’ yang didakwa Southampton).

”Dia merupakan seorang pemain yang tinggi dan mereka sentiasa memerlukan masa yang lama untuk pulih dari kecederaan, jadi dia memerlukannya untuk mendapatkan rentak. Tetapi kami mempunyai kualiti di barisan pertahanan dan tidak tergesa-gesa mahu menurunkannya.”

”Dia perlu menyesuaikan diri dengan cara kami bermain, ianya berbeza tetapi kami percaya 100% dia mampu melakukannya,” jelas Jurgen Klopp lagi.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN