Sumareh Sah Tandatangani Kontrak Cinta Bersama Pasangannya

Beberapa hari lalu pemain serangan lincah Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohamadou Sumareh dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan bersama pasangannya.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Sumareh menerusi akaun Instagram beliau beberapa hari lalu menerusi beberapa gambar yang turut dikongsikan.

Perkara tersebut nyata mendapat perhatian daripada para penyokong bola sepak yang rata-rata gembira dengan perkembangan semasa pemain itu ketika ini.

Selain para penyokong, rakan-rakan pemain juga tidak kurang ramai memberi ucapan tahniah kepada Sumareh di ruangan komen gambar tersebut selepas dimuat naik.

Antara rakan pemain yang memberi ucapan tahniah ialah Dion Cools, Liridon Krasniqi, Saddil Ramdani, malah ahli politik, Yang Berhormat Syed Saddiq turut mengucapkan tahniah buat Sumareh.

Untuk rekod, Sumareh merupakan pemain pertama yang telah mendapat taraf naturalisasi pada tahun 2018 dan mula beraksi bersama skuad kebangsaan ketika itu bawah kendalian Tan Cheng Hoe.

Aksi pertama beliau bersama skuad kebangsaan pada 12 Oktober 2018 sewaktu mereka menewaskan Sri Lanka dalam aksi persahabatan, dimana Sumareh meledak gol sulungnya ketika itu walaupun tampil selaku pemain gantian.

Sumareh mula menyertai saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada tahun 2013 dengan menjadikan PDRM sebagai pasukan pertama diwakilinya ketika itu.

Selepas membantu PDRM menjuarai saingan Liga Premier 2014, Sumareh juga telah mewakili Perlis selama satu musim pada tahun 2016 sebelum mula mencipta kejayaan bersama Sri Pahang pada tahun seterusnya.

Bersama Sri Pahang, karier Sumareh boleh dikatakan semakin meningkat dan mula mendapat perhatian beberapa kelab lain setelah aksi beliau yang sangat lincah dalam setiap perlawanan.

Pada 7 September 2020, Sumareh akhirnya ditandatangani oleh salah satu pasukan gergasi di Thailand iaitu Police Tero untuk beraksi di sana sebelum mula mewakili JDT pada tahun seterusnya.

Selain Sumareh, dua lagi pemain yang telah mendapat taraf naturalisasi dan beraksi bersama skuad kebangsaan ialah Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula.

Namun kelibat ketiga-tiga pemain ini dilihat kurang memberi impak positif setakat ini bersama skuad kebangsaan kerana kualiti aksi mereka jelas jauh lebih rendah berbanding pemain tempatan.

Ketika ini Liridon Krasniqi sah beraksi di saingan tertinggi Thailand bersama Khon Kaen United, sementara de Paula pula menjadi tonggak penting buat JDT II di saingan Liga Premier.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN