Adakah Sabah ‘King of Comeback’ Dalam Saingan Liga Super?

Kredit Foto : MFL

Untuk bangkit dari ketinggalan bagi mencatat keputusan positif bukan suatu tugas mudah kerana ketika itu setiap pemain berada dalam tekanan untuk mencari jaringan apatah lagi jika ia berada dalam situasi dihujung minit permainan.

Inilah yang ada pada skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee pada saingan liga musim ini. Di saat pasukannya dilihat seperti akan hilang mata tetapi beliau berjaya mengubah keputusan tersebut.

Mungkin atas faktor pengalaman yang membezakan mereka dengan kebanyakkan pasukan lain kerana semua tahu, skuad Sabah pada musim ini terdiri daripada pemain yang sedikit berusia namun mereka cukup arif dan ‘masak’ dengan saingan Liga Malaysia.

Kredit Foto : MFL

Antaranya seperti Baddrol Bakhtiae, Rizal Ghazali, Khairul Fahmi Che Mat, Gary Steven Robbat, Amri Yahyah dan beberapa pemain lain ternyata memberi kelebihan untuk Kim Swee merencana strategi disaat pasukannya memerlukan jaringan.

Daripada 17 perlawanan Liga Super setakat ini, Sabah berjaya bangkit sebanyak enam kali untuk mengubah keputusan perlawanan sama ada kepada keputusan seri atau bangkit mencatat kemenangan yang penuh dramtik.

Jika ia berlaku setakat satu atau dua perlawanan mungkin ia boleh dikategorikan sebagai nasib namun jika ia berjaya bangkit berkali-kali, itu bukan lagi nasib tetapi ia adalah kelebihan yang ada pada pasukan tersebut.

Boleh dilihat bagaimana Kim Swee bijak dalam mencatur strategi terutama 20 minit terakhir permainan disaat pasukan lawan mula mengendurkan rentak serangan dan pemain mula terasa penat.

Lain pula untuk skuad Sang Badak apabila mereka mula menekan lawan dengan serangan bertali arus dan usaha mereka ternyata membuahkan hasil keputusan positif untuk pasukan.

Boleh dilihat beberapa keputusan sebelum ini seperti menentang Terengganu, Petaling Jaya City dan Melaka United yang menjadi mangsa kebangkitan Sabah.

Dan yang terkini, mereka bangkit sebanyak dua kali apabila menentang KL City di laman sendiri.

Mungkin juga atas faktor Kim Swee yang cukup mengenali setiap pemain terutama para pemain yang pernah bersamanya dalam skuad kebangsaan sebelum ini.

Untuk pasukan yang akan bertemu Sabah selepas ini, perlu ingat dan waspada kerana jaringan awal yang diperoleh belum tentu memberi kemenangan kerana Sabah sentiasa menceriakan pihak lawan terlebih dahulu sebelum merentap kegembiraan tersebut untuk mencuri mata sekurang-kurangnya satu mata.

Hati-hati, mereka ada saja idea untuk meradu pasukan yang dihadapi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN