Jafri Chew Dedah Punca Sebenar Beliau Beraksi Sebagai Pertahanan

Kelibat bekas penyerang muda berbakat kebangsaan, Muhd. Jafri Firdaus Chew yang kini beraksi selaku pemain pertahanan buat Penang jelas mengejutkan banyak pemerhati bola sepak tempatan.

Pada beberapa perlawanan sebelum ini ketika beliau beraksi di posisi tersebut, Jafri Chew dilihat tidak kekok untuk bermain dengan agak baik selain kembali berjaya merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Menurut Jafri Chew, beraksi di posisi baharu itu bukan suatu paksaan, malah ia menjadi pilihan pemain itu sendiri yang beralih posisi kepada pertahanan kanan kini buat Penang.

Jelas beliau lagi, keputusan tersebut juga dibuat kerana beliau jelas mahukan minit permainan yang lebih banyak setelah sebelum itu sukar merebut posisi serangan bersama pemain import.

“Saya sendiri sebenarnya tawarkan diri kepada jurulatih mahu bermain di posisi pertahanan kanan kerana akui sukar hendak dapat peluang jika terus menunggu beraksi di sebagai penyerang.

“Walaupun saya tidak pernah ada pengalaman bermain di posisi ini sejak dulu, saya tidak gentar mengambil risiko ini selepas ada mencuba beberapa kali semasa sesi latihan.

“Alhamdulilah, jurulatih boleh menerima permintaan saya malah tidak sangka, terus diberi peluang berada dalam kesebelasan utama ketika berdepan JDT pada separuh akhir Piala FA.

“Selepas beberapa perlawanan, saya semakin selesa beraksi di posisi ini walaupun tidak dinafikan masih banyak lagi perkara perlu belajar terutama dalam penyesuaian posisi ketika bertahan serta menjaga kedudukan pemain lawan.

“Harap ramai peminat Pulau Pinang tidak terkejut dengan keputusan ini kerana saya rasa ada kemampuan bermain di posisi pertahanan kerana paling penting saya boleh lebih kerap untuk bermain,” katanya menerusi MFL.

Untuk rekod, setakat ini Jafri Chew telah diturunkan sebanyak tiga kali oleh pengendali pasukan sebagai pertahanan kanan dan beliau lebih kerap digunakan berbanding seorang lagi rakan sepasukan iaitu Fairuz Zakaria.

Jafri Chew sebelum itu mencipta karier beliau bersama Harimau Muda sejak tahun 2013 sebelum menyertai Penang selama dua musim sehingga 2017.

Selepas itu beliau beraksi bersama PKNS sebelum kembali menabur bakti bersama Penang sehingga kini.

Untuk aksi seterusnya menentang Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Darul Aman malam ini, Jafri Chew menjelaskan skuad diwakilinya perlu mendapatkan rentak kemenangan kembali sekiranya ingin membuka peluang beraksi di saingan Piala Malaysia.

Kedudukan semasa carta liga ketika ini menyaksikan Penang berada di tangga terakhir dengan dibezakan tujuh mata daripada Sarawak United.

Daripada 16 perlawanan dihadapi Penang, mereka hanya memperoleh satu kemenangan, empat seri, dan 11 kekalahan untuk sekadar mengutip tujuh mata.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN