Inilah Tindakan Yang Sulley Muntari Lakukan Selepas Diserang Oleh Penyokong Yang Rasis

Masalah perkauman dalam bola sepak ini merupakan perkara yang sukar untuk dihapuskan.

Terbaharu di Itali, Sulley Muntari menjadi mangsa kepada serangan perkauman oleh peminat bola sepak di stadium.

Beliau nyata kecewa selepas diserang sebegitu rupa ketika aksi perlawanan melibatkan pasukan beliau iaitu Pescara menentang Caligari di Itali.

Kerana kecewa, Muntari memilih untuk melaporkan hal tersebut kepada pengadil Daniele Minelli untuk memberhentikan perlawanan.

Namun begitu, apa yang diterima oleh Muntari bukanlah perlawanan itu dihentikan tetapi beliau diberikan kad kuning!

Tunjuk contoh baik

Hari Muntari ketika perlawanan itu nyata tidak begitu baik.

Sudahlah diserang dengan isu perkauman, beliau diberikan kad kuning pula oleh pengadil.

Namun begitu, beliau tetap tunjukkan kenapa beliau seorang yang kuat dan tabah hadapi dugaan sebegitu.

Selepas perlawanan, Muntari memilih untuk pergi ke seorang kanak-kanak yang berdiri sebelah pemuda yang mengejek beliau dengan ejekan perkauman itu dan memberi jersi beliau kepada kanak-kanak itu.

Tindakan itu menimbulkan persoalan ramai pihak kenapa beliau berbuat sedemikian, namun Muntari ada jawapannya.

“Saya beri jersi tersebut kepada kanak-kanak yang berdiri di sebelah pemuda yang hina saya itu kerana saya nak tunjukkan kepada beliau supaya jadi manusia yang baik apabila sudah besar.”

“Ini adalah warna saya,” jerit Muntari kepada penyokong rasis tersebut.

Jelas, Muntari mahu kanak-kanak itu menjadi manusia yang berguna kepada semua manusia tanpa mengenal warna kulit sekalipun.

Kami tabik anda, Sulley Muntari!

Baca juga: Dollah Salleh: “Sumareh Amat Penting Buat Pahang”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN