Kerana Kawan Sokong Liverpool, Penyokong MU Ini Tak Benarkan The Sun Guna Gambarnya

Semua orang tahu yang Manchester United dan Liverpool merupakan musuh tradisi dalam bola sepak Inggeris.

Mereka mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia dan kebanyakannya sering bergaduh mengenai siapa yang lebih hebat.

Tetapi kadang kala, permusuhan ini boleh mendekatkan 2 musuh dalam beberapa suasana.

Sebagai contoh ketika insiden Munich Air Tragedy, penyokong Liverpool akan bersama-sama penyokong Manchester United meluahkan kesedihan mengenai insiden tersebut.

Begitu juga ketika sambutan tragedi Hillsbrough, penyokong Manchester United akan bersama-sama penyokong Liverpool mengenang mereka yang telah pergi.

“Kawan saya peminat Liverpool”

Di Twitter terdapat seorang pemuda bernama Paul Alcock telah mencipta fenomena selepas beliau berbalas tweet dengan akaun Twitter akhbar The Sun.

Alcock seorang peminat Manchester United baru-baru ini telah bertemu dengn pemain kesayangan beliau iaitu Chris Smailling.

Beliau menzahirkan rasa gembira itu dengan menulis di Twitternya.

Pertemuan beliau dengan Smailling menarik minat The Sun untuk menjadikan kisah beliau sebagai cerita di akhbar mereka.

Lantas, akaun Twitter The Sun menerusi Sun Sport meminta kebenaran kepada Alcock untuk menggunakan gambar beliau sebagai rujukan artikel mereka.

Namun respon Alcock cukup menarik perhatian.

Beliau menolak permintaan The Sun untuk menggunakan gambar beliau kerana menghormati rakan-rakan beliau yang merupakan penyokong Liverpool.

Semua tahu yang The Sun merupakan akhbar yang dibenci oleh penyokong Liverpool, Everton dan Mersyeside.

Nyata jawapan Alcock menarik perhatian ramai pihak. Bola-bola juga, kemanusiaan jangan dilupakan.

Tahniah, Paul Alcock!

Baca juga: Inilah Tindakan Yang Dilakukan Sulley Muntari Selepas Diserang Oleh Penyokong Yang Rasis

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN