Dollah Salleh: “Sumareh Amat Penting Buat Pahang”

Musim ini, barisan serangan yang dimiliki oleh pasukan Pahang boleh dikatakan antara yang paling tajam dalam saingan Liga Malaysia.

Perlawanan Piala FA Malaysia menentang Negeri Sembilan tempoh hari menyaksikan 2 pasukan yang mempunyai serangan paling tajam dalam Liga Super dan Liga Perdana bertemu sesama sendiri.

Namun begitu, ketumpulan barisan serangan Pahang jelas terkesan apabila hanya mereka menjaringkan 1 gol sahaja.

Menurut Dollah Salleh, beliau mengaku ketiadaan Mahmadou Sumareh jelas merencatkan serangan.

Beliau berkata kepada Sinar Harian yang gerakan yang dirancang ketika menentang Negeri Sembilan tempoh hari tidak selancar yang diharapkan.

“Kami banyak cipta peluang untuk jaringkan gol tapi kami persia-siakannya.”

“Akan tetapi, saya bukanlah hendak memberi alasan. Dalam bola sepak, kita kena terima hakikat dan bersyukur dengan kemenangan yang kita peroleh.”

Aksi Pahang dan Negeri Sembilan, separuh akhir Piala FA 2017. Kredit: FMLLP

Tak berkesan

Menurut Dollah, beliau nyata tidak kagum dengan aksi yang diberikan oleh Matheus Alves ketika menentang Negeri Sembilan tempoh hari.

Apa yang boleh dikatakan beliau, ancaman yang diberikan oleh Alves tidak begitu bahaya tempoh hari kerana taktik pasukan pelawat yang lebih memilih untuk bertahan.

“Peluang kami untuk memperoleh gol tidak kesampaian kerana taktik pasukan lawan yang lebih memilih untuk bertahan.”

Namun begitu, Dollah menagih fokus yang tinggi dari anak-anak buahnya menjelang aksi kedua di Paroi.

“Kami akan terus fokus menjelang aksi kedua. Dan pastinya kehadiran semula Sumareh dapat membantu pasukan.”

Baca juga: FIFPro Persoal FAM Kenapa Kelantan Dibenarkan Ambil Pemain Baru Ketika Gaji McKain Tak Dibayar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN