Sulaiman Hussin Harap Pengalaman Dechi Marcel Mampu Julang Kuching City

Dechi Marcel N’ Guessan menjadi pemain import baharu yang ditandatangani Kucing City untuk jendela perpindahan kedua dalam saingan Liga Super musim ini.

Kuching City menjadi antara pasukan yang kini sangat aktif menandatangani pemain import baharu demi untuk terus memperkuatkan seluruh posisi dalam persaingan liga.

Sulaiman Hussin Akui Ada Tekanan Dirasai Gantikan Tugas Irfan Bakti

Tampil sebagai salah satu pasukan baharu musim ini dalam Liga Super, Kuching City tampil dengan sedikit perlahan dan tidak banyak dapat dibuat untuk berada di tangga ke-12.

Menerusi beberapa kelemahan yang dikesan, rombakan baharu dibuat pasukan tersebut dengan beberapa khidmat import lebih berkualiti ditandatangani.

Dechi merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak tempatan, selepas kualiti beliau sudah pun diakui sejak beberapa musim lalu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pemain tengah dari Ivory Coast ini pernah menyarung jersi UiTM pada tahun 2017 selama dua musim, sebelum ditandatangani oleh Terengganu untuk memperkukuhkan skuad tersebut.

Selepas itu, Dechi juga menjadi nadi penting buat Kedah Darul Aman (Kedah) pada musim lalu bawah kendalian Aidil Sharin Sahak menerusi kualiti permainan ditampilkan beliau sehingga penghujung musim.

Kini, Dechi kembali mewarnai Liga-M dan pembantu jurulatih Kuching City iaitu Sulaiman Hussin berharap agar kualiti pemain tersebut mampu menjulang pasukan ke arah lebih tinggi.

Jelas Sulaiman, kemampuan Dechi pastinya amat ditagih untuk membantu Kuching City ketika ini, selepas melihat aksi pemain tersebut sejak beberapa musim lalu dalam saingan Liga-M.

Bekas Tonggak Manchester City Puji Aksi Cemerlang Dechi Marcel

“Dechi yang kita tahu merupakan seorang pemain yang sangat berpengalaman dalam dunia bola sepak profesional di Malaysia sejak beberapa musim.

“Kemampuan beliau pastiny ditagih untuk memacu posisi tengah serta membantu pertahanan mengikut situasi dikehendaki oleh jurulatih mengikut taktikal,” jelas Sulaiman kepada kami.

Selain Dechi, Kuching City turut menandatangani dua lagi pemain inport iaitu Bruno de Araujo Dybal yang bertindak di posisi tengah serangan serta tonggak penyerang baharu, Pedro Henrique Cortes Oliveira Gois.

Menerusi kehadiran trio import terbaharu ini, Sulaiman berharap supaya prestasi pasukan kembali bangkit dan memberi persaingan sengit bersama kelab lain.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

“Sasaran kami pastinya ingin menjauhkan diri dari kelompok bawahan liga dan berusaha untuk berada dalam senarai 10 terbaik atau pertengahan liga,” tambah Sulaiman akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN