Bekas Tonggak Manchester City Puji Aksi Cemerlang Dechi Marcel

Saingan bola sepak Liga Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia, apabila terbaharu kelibat pemain import Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Dechi Marcel dipuji oleh bekas penyerang Manchester City, Wilfried Bony.

Semalam, Dechi Marcel telah memuat naik klip-klip video aksi beliau bersama KDA musim ini di Facebook peribadinya, dan nyata perkara tersebut mendapat tumpuan daripada penyerang kebangsaan Ivory Coast itu untuk memuji beliau.

Pujian daripada Bony mengenai aksi Marcel diberikan menerusi perbualan peribadi dan dikongsikan oleh pemain tengah KDA tersebut di media sosial.

Pujian ringkas daripada Bony menyatakan Marcel berjaya memecahkan garisan pertahanan lawan dengan baik menerusi kualiti hantaran dibuat dan mahu pemain tersebut terus mengekalkannya.

Perkara tersebut dilihat sesuatu yang sangat membanggakan buat Marcel kerana Bony merupakan pemain kebangsaan Ivory Coast yang tampil dengan pelbagai kejayaan.

Manakala Marcel pula mula menyerlahkan diri sewaktu beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan belum pernah bermain bersama skuad kebangsaannya.

Pujian tersebut seharusnya menjadi suatu penghormatan buat Marcel apabila kelibatnya menjadi perhatian bintang bola sepak dunia seperti Bony.

Untuk rekod, kedua-dua pemain ini berasal dari Ivory Coast dan pernah mewakili kelab tempatan di sana iaitu Bingerville walaupun tidak beraksi sekali.

Bony yang pernah beraksi di pentas English Premier League telah mewakili beberapa kelab di sana iaitu Swansea City, Manchester City, serta Stoke City selain mencipta nama di saingan Eredivisie.

Beliau juga menjadi pemain tonggak serangan buat Ivory Coast apabila pernah menjulang Africa Cup of Nations (AFCON) pada tahun 2015 setelah mereka menumpaskan Ghana.

Dechi Marcel pula ketika ini sedang mencipta nama bersama KDA dan pasa musim lalu beliau menjadi antara pemain tengah berpengaruh dalam saingan Liga-M ketika bersama Terengganu.

Marcel musim ini boleh dikatakan sebagai antara pembelian import paling berbaloi buat KDA setelah tampil cemerlang dalam semua aksi ketika diturunkan termasuk saingan Piala AFC di Bali, Indonesia.

Beliau juga setakat ini menjadi pemain kedua paling aktif membuat hantaran di atas padang untuk berada di kedudukan kedua belakang Natxo Insa dan mendahului Leandro Velazquez menurut Data Sukan.

Apapun, dikhabarkan kini KDA terpaksa beraksi tanpa kelibat Marcel setelah pemain tersebut mengalami kecederaan untuk terlepas perlawanan menentang Sri Pahang pada Isnin ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN