Liga Super: Ini 4 Pemain Tumpuan Bagi Aksi Sabah Menentang Melaka United

Menjelang aksi malam ini dalam saingan Liga Super musim 2022 minggu ke-14, ada tiga perlawanan bakal berlangsung dan salah satu yang menjadi tumpuan ialah membabitkan antara Sabah menentang Melaka United.

Aksi tersebut bakal berlangsung lebih awal iaitu pada jam 7:30 malam di Stadium Likas dengan Melaka United tampil selaku pasukan pelawat.

Untuk rekod pertemuan pertama sebelum ini memihak kepada Sabah apabila jaringan Park Tae-su telah menghampakan para penyokong Melaka United di laman sendiri.

Kedua-dua pasukan ini juga berada dalam momentum terbaik mereka apabila masing-masing berjaya meraih kemenangan dalam aksi Liga Super sebelum itu.

Ini ada empat pemain tumpuan yang dijangka bakal memberi impak kepada pasukan masing-masing pada perlawanan malam ini dalam misi mencari tiga mata penuh.

Park Tae-su (Sabah)

Pemain pertahanan yang boleh beraksi dengan baik di bahagian tengah ini tidak diturunkan pada perlawanan lalu ketika menentang Petaling Jaya City (PJ City) dan jelas Sabah amat merasai kehilangan tersebut.

Tae-su setakat ini boleh dikatakan sebagai pemain import paling cemerlang buat Sabah apabila beliau dilihat sangat konsisten beraksi di posisi pertahanan atau tengah dan berupaya menyempurnakan situasi bola mati dengan baik.

Beliau juga ketika ini menjadi penjaring terbanyak buat pasukan dan sesuatu yang menakjubkan kerana Tae-su asalnya bukan seorang pemain beraksi di posisi serangan.

Taiki Kagayama (Sabah)

Pemain yang berasal dari Jepun ini sentiasa lincah dalam menjana serangan dari bahagian sisi untuk Sabah.

Kelebihan Taiki ini apabila beliau cepat membuat keputusan serta mempunyai kemahiran tinggi dalam melepaskan rembatan jarak jauh untuk mengecewakan pasukan lawan.

Walaupun ini musim pertama beliau beraksi dalam saingan Liga Malaysia, Taiki begitu cepat untuk menyesuaikan diri dan menjadi antara import paling konsisten buat Sabah.

Ifedayo Omosuyi (Melaka United)

Jika diikutkan musim ini bukanlah detik yang terlalu baik buat beliau dalam saingan Liga Malaysia setelah sebelum itu tampil selaku penyerang paling digeruni sejak beberapa tahun dalam aksi Liga Super.

Walaupun begitu, Ifedayo masih lagi kekal perlu diberi tumpuan apabila pemain ini sudah pun meledak lima jaringan dan terbaharu sewaktu menewaskan Penang.

Ditambah dengan kualiti gelecekan dan ketajaman beliau di hadapan gol yang dilihat semakin bertambah baik, Ifedayo bakal menjadi aset penting untuk Melaka merobek gol malam ini.

Sony Norde (Melaka United)

Selain Ifedayo, pemain ini juga bakal menjadi individu yang paling penting untuk dikawal oleh pertahanan Sabah dek kelincahannya.

Sony merupakan kunci utama untuk kejayaan Melaka United musim ini memperoleh gol kerana aset yang dimiliki beliau dari segi kepantasan, kawalan bola, serta kualiti hantaran dalam petak gol untuk pemain lain menyudahkannya.

Dari segi kreativiti, Sony mencipta persefahaman yang sangat baik bersama Adriano untuk membuka ruang buat pemain serangan lain mencipta sesuatu di hadapan gol serta sangat konsisten dalam semua perlawanan dihadapi Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN