Liverpool Mudah Benam Man City Untuk Menjuarai Gelaran Community Shield

Liverpool dengan mudah berjaya menewaskan Manchester City untuk muncul sebagai juara saingan Community Shield pada tahun ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menewaskan Man City 3-1 dalam perlawanan yang dilangsungkan di King Power Stadium itu.

Manchester City turun dengan membariskan kesebelasan terbaik mereka termasuk penandatanganan terbaru kelab, Erling Haaland.

Liverpool sementara itu meletakkan pemain termahal mereka, Darwin Nunez di bangku simpanan dengan Roberto Firmino turun sebagai pemain utama.

Ramai yang menjangkakan Man City akan menang mudah apa lagi memikirkan bagaimana teruknya Liverpool melalui aksi pra musim mereka pada musim ini.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Jurgen Klopp itu membuktikan yang dakwaan penyokong salah dengan mereka lebih dominan dan cemerlang menewaskan juara bertahan saingan Premier League itu.

Liverpool 3-1 Manchester City

Liverpool sudah berjaya mendominasi permainan sejak dari awal sepak mula dilangsungkan dengan jentera serangan serta midfield mereka berfungsi dengan sangat baik.

Manchester City gagal untuk melancarkan serangan merbahaya ke kubu Liverpool kerana barisan pertahanan The Reds terlalu handal untuk ditewaskan.

Erling Haaland sendiri mati kutu mahu mencari jalan untuk menewaskan gandingan Matip dan Virgil Van Dijk dengan beliau jelas sekali tidak berfungsi dengan baik dalam perlawanan ini.

Liverpool terlebih dahulu membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-21 permainan menerusi Trent Alexander Arnold.

Man City kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan pada aksi babak kedua permainan menerusi Julian Alvarez.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kemudiannya berjaya memenangi sepakan penalti selepas bola tandukan Darwin Nunez terkena tangan Dias.

Mohamed Salah cemerlang menyempurnakan sepakan penalti tersebut, seterusnya membantu Liverpool untuk mendahului perlawanan dengan keputusan 2-1.

Di hujung-hujung permainan, Liverpool berjaya memperoleh gol ketiga mereka dalam perlawanan ini selepas Darwin Nunez cemerlang menanduk masuk bola hantaran dari Andy Robertson.

Nunez lalui malam lebih sempurna berbanding Haaland

Para peminat sebenarnya sangat teruja mahu melihat pertembungan Haaland dan Nunez dalam perlawanan ini, namun malangnya bekas bintang Benfica itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds.

Haaland bermain sejak dari minit pertama permainan lagi, namun sayangnya beliau gagal untuk menyerlah dan tak mampu menghasilkan sebarang gol dalam perlawanan ini.

Bintang kebangsaan Norway itu turut gagal memanfaatkan kesempatan emas untuk menjaringkan gol dan hal itu tidak berlaku kepada Nunez.

Bintang Uruguay itu dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, dan beliau berjaya memberikan impak seperti yang diharapkan.

Beliau berjaya mencipta beberapa peluang yang hampir sahaja menghadiahkan gol tambahan untuk skuad Liverpool.

Liverpool berjaya memenangi sepakan penalti juga menerusi gerakan Nunez dan bintang Norway itu turut cemerlang meledak gol ketiga dalam perlawanan tersebut.

The Reds sepertinya telah memulakan musim baharu ini dengan sangat baik selepas kejayaan mereka menjuarai saingan Community Shield.

Seandainya mereka mampu konsisten, tidak hairan andai The Reds akan mampu untuk menjuarai saingan Premier League pada musim baharu nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN