Vincent Tan Kini Bukan Lagi Pemilik KV Kotrijk

Vincent Tan

Usahawan ternama Malaysia, Vincent Tan kini tidak lagi menjadi pemilik kelab Belgium iaitu KV Kotrijk.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kelab, Kotrijk mendedahkan yang Vincent telah melepaskan hak pegangan majoriti kelab itu kepada Maciek Kaminski yang merupakan individu Amerika Syarikat-Poland.

Kaminski yang merupakan teraju utama bagi syarikat Kaminski Group telah mendapatkan hak pegangan majoriti kelab daripada Vincent dan ini akan berlaku secara serta-merta.

“Saya ucapkan Maciek Kaminski dan keluarganya maju jaya. Kaminski merupakan seorang pemilik kelab yang baik yang sudah mempunyai pengalaman dalam bola sepak.

“Saya rasa beliau akan mengangkat kelab ini ke tahap yang lebih tinggi. Saya juga ingin mengambi kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada penyokong, staf dan juga bandar ini yang menyokong saya ketika berada di sini,” kata Vincent.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Selain Vincent, pengarah urusan kelab iaitu Ken Choo juga antara nama yang akan meninggalkan kelab itu selepas penjualan hak pegangan majoriti itu.

Keputusan penjualan ini pastinya akan memberikan impak kepada Kotrijk sebagai sebuah kelab yang bersaing dalam saingan utama Belgium.

Namun begitu, impak yang menjadi perbincangan pastinya melibatkan nasib penyerang negara iaitu Luqman Hakim. Adakah beliau akan dikekalkan di kelab?

Atau pemain ini akan dilepaskan saat kontraknya tamat kelak? Diharap penjualan ini tidak akan menganggu perjalanan karier Luqman di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN