Sulaiman Husin: FAM, MFL Perlu Bantu Kewangan Pasukan Jika Liga-M Dibatalkan

Sulaiman Husin Liga-M

Ura-ura mengenai pembatalan Liga Malaysia (Liga-M) sedang hangat diperbincangkan terutama selepas pihak kerajaan bertegas sebarang aktiviti berkumpulan masih tidak dibenarkan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah ditamatkan.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika ditemubual oleh Bernama pada Ahad menjelaskan pembatalan Liga-M adalah pilihan terakhir kerana pihaknya sudah pun merangka beberapa alternatif.

Kemungkinan pembatalan liga juga telah menggusarkan pasukan bertanding kerana ianya sudah pasti memberikan impak kewangan yang tentunya tidak sedikit kerana melibatkan pembayaran gaji pemain, pegawai dan semua pekerja pasukan.

Ketua Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin dalam kenyataannya kepada SemuanyaBOLA turut memberikan pendapat mengenai isu tersebut. Walaupun beliau berharap Liga-M masih dapat diteruskan, tetapi beliau tetap akur dengan apa jua keputusan.

“Jika usaha mengawal COVID-19 sudah berjaya dan berada di fasa akhir, Mungkin kita boleh adakan liga ini dengan mematuhi prosedur operasi standard [SOP] yg ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM] dan Majlis Keselamatan Negara [MKN].

“FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia [MFL] boleh memohon untuk bermain tanpa kehadiran penonton di stadium dengan memastikan segala prosuder dipatuhi,” kata jurulatih berusia 43 tahun itu.

“Jika liga dibatalkan juga, saya harapkan FAM dan MFL ada garis panduan berkenaan perbincangan kontrak di antara pengurusan dengan jurulatih serta pemain kerana dalam situasi ini kewangan persatuan dan kelab juga terkesan.”

Tambah Sulaiman lagi, kedua-dua badan induk bola sepak negara itu juga perlu mewujudkan perancangan untuk membantu kelab dan persatuan yang sudah tentu terjejas sekalipun selepas krisis pandemik COVID-19 ini berakhir.

“Selepas ini keadaan ekonomi di negara kita belum tentu stabil dan penaja-penaja pun akan lebih mengawal perbelanjaan mereka. Jadi bagaimana kelab dan persatuan mahu bertahan jika FAM dan MFL tidak membantu dalam aspek kewangan?

“Walaupun kami faham FAM dan MFL juga terkesan, tetapi yang perlu difikirkan sekarang adalah kaedah dan cara untuk menyelematkan pasukan-pasukan kecil yang benar-benar bermasalah pada ketika ini.”

Sulaiman bagaimanapun tetap percaya FAM dan MFL di bawah kepimpinan Datuk Hamidin Mohd Amin akan sentiasa mencari jalan terbaik dalam memastikan kelangsungan liga dan melihat segala masalah yang dihadapi semua pasukan.

Kredit Foto: UKM FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai UKM FC dan Liga Malaysia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN