SUKMA 2018: 6 Pemain Insiden Kekecohan Johor-Terengganu Digantung FAM

Pergaduhan
Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Enam pemain, masing-masing tiga pemain dari Terengganu dan Johor yang terlibat dalam insiden kekecohan di minit akhir perlawanan dalam kejohanan SUKMA baru-baru ini dikenakan penggantungan tiga perlawanan termasuk satu perlawanan secara automatik

Perkara tersebut diputuskan oleh Jawatankiuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, sebelum dihebahkan kepada umum melalui satu kenyataan media sebentar tadi.

Tiga pemain Terengganu iaitu Mohammad Rahmat Makasuf, Muhamad Fakrul Wahid dan Mohamad Shafawi Mohamad dikenakan tindakan selepas didapati bersalah melanggar Artikel 50.1(d), yang dibaca bersama Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM.

Ketiga-tiga pemain didakwa berkelakuan ganas apabila bertindak menumbuk dan menendang pemain pasukan Johor.

Terengganu yang layak ke pusingan seterusnya bermakna akan hilang khidmat pemain ini sehingga ke peringkat separuh akhir jika berjaya menewaskan Perlis pada hari ini.

Johor yang tewas dua perlawanan peringkat kumpulan termasuk kekalahan 2-1 kepada Terengganu sudah pun tersingkir daripada saingan SUKMA.

Oleh itu FAM menetapkan tiga pemain dari pasukan itu yang turut dijatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan akan berkuatkuasa pada perlawanan rasmi seterusnya membabitkan pemain-pemain tersebut.

Tiga pemain Johor yang menerima hukuman itu ialah Mohamad Hariz Kamarudin, Nur Ismail Sukandar dan Muhammad Azrul Haziq Aminuddin.

Pada 10 September, aksi antara Terengganu dan Johor dicemari insiden pergaduhan pada masa minit akhir perlawanan yang berpunca daripada provokasi di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN