SUKMA 2018: Perak Berpeluang Pertahankan Pingat Emas Bola Sepak

Kejayaan menewaskan Wilayah Persekutuan, 4-3 pada aksi suku akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) semalam memberi keyakinan tinggi kepada tuan rumah, Perak untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi oleh mereka pada edisi 2016 di Sarawak.

Jaringan pemain gantian, Muhammad Alif Rieza Naharuddin di saat akhir perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan itu memecah kebuntuan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 .

Alif merembat kencang ke gawang lawan pada minit ke-120 untuk Perak menempah perlawanan dengan Sabah di separuh akhir nanti.

Aksi pemain Perak ketika menentang wilayah persekutuan di Stadium Manjung semalam. FOTO: SUKMA PERAK

Skuad kendalian bekas pemain skuad kebangsaan, Chan Wing Hoong ini mendahului 2-0 melalui Ashraf Pushni pada m- 26 diikuti sentuhan Alif Safwan pada m-28. Wilayah Persekutuan bagaimanapun merapatkan jurang melalui Tan Yung Hong pada m-62.

Alif meletak kembali Perak 3-1 di hadapan pada m-75 namun Wilayah Persekutuan enggan menyerah kalah dan berjaya bangkit dengan dua gol dalam tempoh tiga minit melalui David A/l John Bapist pada m-85 dan Muhammad Yusry Yuhasmadi m-88 untuk mengikat kedudukan.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Chan Wing Hoon berpendapat kemaraan ke suku akhir sebelum ini telah membangkitkan semangat anak buahnya untuk mara hingga ke final.

“Apabila kami mengesahkan tiket ke suku akhir saya lihat pemain begitu ceria dan semangat mereka semakin membara untuk mempertahankan pingat emas.

“Bermain di laman sendiri memang memberi kelebihan kepada kami apabila penyokong hadir memberikan sokongan. Saya tidak nampak tekanan dalam kalangan pemain kerana mereka semua berada dalam keadaan ceria,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pemain Perak cuba merampas bola daripada pemain Wilayah Persekutuan. FOTO: SUKMA PERAK

Sementara itu, Terengganu menepati ramalan apabila mengatasi Perlis 2-1 di Stadium TLDM, Lumut. Kedah dan Sabah turut mara ke separuh akhir acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 apabila mengatasi lawan masing-masing di suku akhir petang semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN