Piala Malaysia 2018: Yusri Enggan Mengalah Dan Yakin Kelantan Ke Suku Akhir

“Bagai telur dihujung tanduk”, itulah situasi yang sedang menimpa pasukan Kelantan ketika ini dalam misi untuk memburu tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2018.

Tugas mereka bukan mudah apabila dijadualkan bertemu Kedah dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Turun dengan misi wajib menang, ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tidak mahu memberi tekanan kepada anak buahnya dan pada masa yang sama yakin Kelantan akan bangkit mencipta kemenangan.

“Saya mengambil keputusan tidak memberi tekanan kepada pemain untuk mencari lebih banyak jaringan kerana semua orang tahu Kelantan hanya mampu menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan lalu.

“Jadi, pendekatan saya adalah memberi semangat kepada pemain untuk mendapatkan gol pertama dan kita juga perlu berwaspada dengan Kedah yang pasti akan terus menyerang untuk menyamakan kedudukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Shafiq Shahrudin antara pemain tempatan yang konsisten memberikan gol untuk Kelantan. Gambar: Kelantan FA

Walaubagaimanapun, Yusri akui tugas kali ini agak sukar kerana pasukannya perlu mengatasi Kedah dengan jaringan besar sambil mengharapkan perlawanan MIFA dengan JDT tidak berakhir dengan keputusan seri.

“Secara umumnya dalam bola sepak ia tidaklah mustahil namun saya juga kena realistik kerana dari segi rekod jaringan pasukan kita tidak begitu baik.

“Tetapi saya masih yakin dengan kemampuan pemain muda, malah mereka juga faham situasi perlawanan malam esok bahawa sekiranya menang dengan hanya satu gol ia tidak selamat buat Kelantan.

“Saya ingatkan kepada pemain dan barisan kejurulatihan sendiri, jangan biarkan Kota Bharu menjadi tempat buat Kedah meraikan kejayaan mara ke suku akhir,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Yusri membayangkan bakal mempertaruhkan barisan terkuat dengan kepulangan semula dua tonggak tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Baktiyar Duishobekov, pada pertemuan itu.

“Kehadiran dua pemain ini memberi kekuatan seimbang di bahagian tengah kerana kita tahu Kedah juga cukup kuat di posisi ini.

“Kita perlu mengekang Akhyar (Rashid) dan Sandro (da Silva) yang sudah tentu menjadi sandaran utama dan barisan pertahanan Kelantan kena bekerja lebih keras menyekat dua pemain ini,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN