Jurgen Klopp: “Ini Persembahan Terbaik Liverpool”

Liverpool terus mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 5 perlawanan Liga Perdana Inggeris apabila mempamerkan persembahan terbaik mereka menewaskan Tottenham Hotspur, 2-1 sekali gus mencerahkan peluang untuk menduduki tangga teratas liga.

Dua jaringan pada setiap separuh masa oleh Georginio Wijnaldum dan Roberto Firmino meletakkan Liverpool 2-0 di Wembley, venue Tottenham sementara menunggu stadium baru siap dan Erik Lamela menjaringkan gol tuan rumah pada masa kecederaan.

“Keputusan sangat, sangat bagus,” kata Klopp kepada Sky Sports. “Ia adalah tugas sukar dan pemain saya berjaya melaksanakannya.”

“Kami berhak menang aksi hari ini. Kami mendominasi sepanjang 85 minit perlawanan,” kata pengurus dari Jerman itu.

“Dengan bola atau tanpa bola kami menimbulkan masalah kepada mereka. Spurs tidak seperti kebiasaan. Mereka serba tidak menjadi. Pemain saya beraksi mengikut seperti yang dirancang dan sangat bagus.

“Semua pemain bekerja keras dan mempamerkan prestasi cemerlang. Ini adalah aksi terbaik kami musim ini dan prestasi kami lebih baik daripada keputusan. Saya sangat bangga dengan mereka.”

Sementara itu pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino mengakui Liverpool adalah pasukan lebih baik tetapi dia kecewa pasukannya tidak diberikan penalti selepas Son Heung-Min dikasari pertahanan lawan.

“Liverpool lebih baik musim ini. Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan ini tapi kami mesti terus bekerja keras,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN