Sukan Asia 2018: Safawi Sedia Hantar Jepun Pulang Ke Tokyo

sukan asia

Aksi pusingan kalah mati menentang Jepun di saingan Sukan Asia yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabraga, Bekasi, malam ini bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air yang mengharapkan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mencipta sejarah baharu mara ke suku akhir.

Antara pemain yang menjadi tumpuan malam ini ialah Safawi Rasid yang memainkan watak pemusnah ketika menundukkan Korea Selatan selepas meledak dua gol dalam saingan peringkat kumpulan minggu lalu.

Beliau berazam untuk membantu negara mara ke peringkat suku akhir dan berjanji akan memberikan yang terbaik.

“Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan pada peringkat kumpulan termasuk perlawanan ketiga ketika menentang Bahrain meskipun dimasukkan dalam sebagai pemain gantian.

“Saya berjaya meledak gol pada perlawanan tersebut dan secara tidak langsung mendapatkan rehat yang cukup untuk memastikan cergas sepenuhnya ketika menentang Jepun,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Datuk Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemainnya ketika sesi latihan di Padang B, Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. FOTO: FAM

Walaubagaimanapun, Safawi sedar tugas berat sedang menanti kerana Jepun bukan calang-calang pasukan meskipun mereka membariskan pemain yang berusia bawah 21 tahun.

“Saya berazam untuk berikan aksi seratus peratus dan berusaha untuk menyudahkan peluang terhidang dengan sebaiknya.

“Kita akan mengikut taktikal yang dirancang jurulatih mengenai apa yang perlu dilakukan ketika menyerang dan bertahan.

“Mana-mana pasukan yang bermain secara individu akan berdepan kesukaran berbanding mereka yang bermain secara berpasukan,” katanya.

Jika menang ke atas Jepun, Malaysia akan bertemu China atau Arab Saudi di peringkat suku akhir. Bulan lalu, skuad Ong Kim Swee sempat mengadakan perlawanan persahabatan dengan China dimana mereka tewas tipis 1-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN