Kapasiti Stadium Baharu JDT Dikurangkan Daripada 40 000 Kepada 20 000

Gara-gara kerana jumlah kehadiran penyokong yang semakin merosot, Presiden Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim memaklumkan perancangan JDT untuk mengurangkan jumlah kapasiti Stadium baharu mereka yang kini dalam proses pembinaan.

“Stadium baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sepatutnya akan siap sepenuhnya pada bulan Mei tahun hadapan.

“Tetapi projek ini telah memakan lebih banyak masa oleh kerana pemilik kelab, DYAM Tunku Mahkota Johor dan barisan pengurusan kelab ingin mengurangkan kapasiti stadium daripada 40 ribu orang kepada 20 ribu orang sahaja.

“Oleh itu, ia terpaksa kemungkinan dilakukan semula mengikut kapasiti yang telah diubah,” katanya dalam satu kenyataan.

Stadium baharu JDT itu yang mempunyai keluasan tanah seluas 140,000 meter persegi turut melibatkan kawasan pembangunan seluas 70,000 meter persegi dan dijangka siap pada tahun depan.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mampu memuatkan kapasiti maksimum sehingga 40,000 penonton selain memiliki kemudahan padang rumput semula jadi yang mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), sistem pencahayaan moden, sistem bunyi dan kemudahan penyiaran.

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, turut terlibat secara langsung dalam projek ini antaranya seperti baginda mahukan kedudukan stadium ini menerima cahaya matahari yang mencukupi bagi kebaikan pertumbuhan rumput, penambahan kepingan cermin di sekeliling kawasan dalam stadium, merapatkan kedudukan kerusi penonton dengan padang, meninggikan sedikit kedudukan kerusi di bahagian ‘grandstand’ dan juga meletakkan lampu LED berwarna merah, biru dan putih disekeliling luar stadium untuk pencahayaan pada waktu malam.

Pemandangan terkini Stadium baharu JDT dari atas. FOTO: JST

Projek ini bukan hanya melibatkan pembinaan stadium sahaja tetapi juga pelbagai aspek pembangunan yang lain termasuklah ibu pejabat Johor Darul Ta’zim, pusat latihan dan kedai cenderamata.

Bulan November lepas, JDT turut mengumumkan 10 bilik ruang korporat di Stadium tersebut yang berharga RM500,000 semusim sudah habis ditempah dan dijual.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN