Malaysia Gagal Iringi Vietnam Ke Suku Akhir Sukan Asia

Langkah Malaysia akhirnya terhenti di peringkat 16 terbaik selepas skuad negara tewas tipis 0-1 kepada Jepun di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia, sebentar tadi.

Walaubagaimanapun, skuad Samurai Biru itu dipaksa menunggu sehingga ke minit ke-89 sebelum berjaya merobek gawang yang dikawal Haziq Nadzli, itupun menerusi sepakan penalti.

Kim Swee menurunkan kesebelasan seperti perlawanan pertama dan keduanya dengan hanya satu perubahan iaitu Syahmi Safari menggantikan Nik Akif Syahiran di jentera tengah.

Kredit: FAM, Facebook

Jepun seperti biasa sukar dijangka dengan membuat rombakan pemain dan kali ini 6 pemain yang tiada dalam kesebelasan utama ketika tumbang 0-1 kepada Vietnam tersenarai.

Aksi babak pertama menyaksikan tempo perlahan dipamerkan oleh barisan pemain dengan kurang intensiti seakan-akan ini sekadar aksi pemanas badan untuk kedua-dua pasukan.

Berkesudahan tanpa jaringan dapat menyatakan yang kedua-dua pasukan mungkin sedang merisik ruang dan peluang untuk melakukan asakan yang lebih berbahaya ke kubu lawan.

Jepun menghantar Yuto Iwasaki yang aktif di sayap sementara Harimau Malaya pula menggunakan Akhyar Rashid di sayap kiri sebagai fokal utama untuk mula menjana serangan.

Walaubagaimanapun, Jepun sebenarnya memiliki beberapa peluang untuk mendahului perlawanan menerusi Iwasaki dan Daizen Maeda, namun gagal disudahkan dengan baik.

Kredit: FAM, Facebook

Penjaring terbanyak dengan 2 gol, Iwasaki antaranya yang telah berjaya melakukan percubaan pertama Jepun di minit ke-8 dari sebelah kanan gawang yang dikawal Haziq Nadzli.

Namun, selepas itu, Malaysia dilihat kembali tenang dan berjaya mengasak ke kubu Jepun bermula dengan percubaan liar penyerang sensasi, Safawi Rasid di minit ke-11.

Seminit berselang, giliran kapten, Baddrol Bakhtiar pula menguji penjaga gol Jepun menerusi percubaan dari luar kotak penalti namun berjaya ditepis oleh Ryosuke Kojima.

Di minit ke-30, Daizen Maeda berjaya melepaskan diri dari kawalan dua pertahanan Malaysia, Irfan Zakaria dan Dominic Tan, namun percubaannya sekadar melewati palang gol.

Percubaan terbaik Jepun hadir pada minit ke-35 apabila pemain tengah, Reo Hatate berjaya melepaskan rembatan padu ke sudut kiri gol namun berjaya dinafikan oleh Haziq Nadzli.

Harimau Malaya memula babak kedua dengan baik apabila duo penyerang sensasi, Safawi dan Akhyar berjaya membuat percubaan dari luar kotak penalti iaitu pada minit ke-57 dan 58.

Yang menyukarkan Malaysia adalah pemain Jepun akan berterusan menekan pemain negara yang memiliki bola dan apabila memiliki bola pula, mereka akan terus memperlahankan tempo.

Benteng Malaysia pula dilihat longgar selepas sejam perlawanan berlangsung antaranya di minit ke-65 selepas beberapa pertahanan gagal mengeluarkan bola di kawasan gol.

(Photo by Arief Bagus / AFP) (Photo credit should read ARIEF BAGUS/AFP/Getty Images)

Pada minit ke-73, Haziq Nadzli sekali lagi dipaksa menyelamatkan gawang golnya apabila pemain pertahanan Samurai Biru, Daiki Sugioka berjaya membuat percubaan lemah.

Tiba giliran Harimau Malaya pula mengasak lawan dan di minit ke-77, beberapa siri hantaran di depan gawang Jepun disudahkan oleh tandukan Syafiq Ahmad, namun tersasar dari gol.

10 minit terakhir, Malaysia tiba-tiba menggandakan usaha untuk memasuki ke defensive third lawan dan dua percubaan Safawi hampir memberikan skuad negara gol pendahuluan.

(Photo by Arief Bagus / AFP) (Photo credit should read ARIEF BAGUS/AFP/Getty Images)

Sepakan percuma Safawi pada minit ke-81 dikecewakan palang gol sementara rembatan padu kaki kirinya dua minit kemudian pula sekadar mengegar palang gol yang dikawal Kojima.

Jepun akhirnya berjaya memperolehi gol kemenangan pada minit ke-89 menerusi sepakan penalti yang disudahkan oleh pemain gantian, Ayase Ueda yang menggantikan Maeda.

Ianya diperolehi selepas Ueda dijatuhkan Dominic Tan yang dalam usaha untuk mengeluarkan bola di dalam kotak penalti. Itu merupakan gol pertamanya di Sukan Asia 2018.

Perlawanan akhirnya ditamatkan oleh pengadil dengan anak buah Kim Swee tewas tipis 0-1 kepada Jepun dan sekadar menyamai pencapaian pada edisi 2010 iaitu di pusingan 16 terbaik.

Malaysia: Haziq Nadzli, Dominic Tan, Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin, Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar (K), Syahmi Safari, Syazwan Andik Ishak, Safawi Rasid, Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid

Jepun: Ryosuke Kojima, Yoichi Naganuma, Kou Itakura (K), Daiki Sugioka, Teruki Hara, Reo Hatate, Yuto Iwasaki, Taishi Matsumoto, Kouta Watanabe, Daizen Maeda (76′ Ayase Ueda), Yugo Tatsuta

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN