Sukan Asia 2018: Kim Swee Akui Malaysia Dihukum Hasil Kesilapan Sendiri

Malaysia mengalami kekecewaan apabila tumbang pada minit-minit terakhir dalam perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir Sukan Asia 2018 semalam.

Skuad muda negara tewas 1-0 di tangan Jepun selepas mereka berjaya menjaringkan penalti hasil dari kesilapan Dominic Tan di minit-minit akhir perlawanan.

Akan tetapi, bagi pengendali skuad negara iaitu Datuk Ong Kim Swee beliau tidak berasa jurang di antara kedua-dua pasukan itu terlalu besar.

Menurut laporan dari MStar, Kim Swee berkata skuadnya terhukum di saat-saat akhir kerana kesilapan yang mereka lakukan di dalam perlawanan ini.

Kesilapan itu bukan tertumpu kepada apa yang dilakukan oleh Dominic sahaja, tetapi turut terarah kepada setiap peluang yang mereka peroleh dalam perlawanan ini.

“Kita dihukum kerana tidak menggunakan peluang yang ada dalam perlawanan ini. Selain itu, kita juga tidak dapat bertahan sehingga tamat permainan.”

Gambar: Football Tribe

Dalam masa yang sama, Kim Swee turut mengakui pasukan negara tidak mempunyai jurang yang terlalu besar dengan pasukan Jepun semalam.

Ianya berlainan dengan pemikiran sebelum perlawanan yang mengatakan pasukan Jepun merupakan pasukan yang cukup besar dan harus digeruni.

“Kami mengetahui Jepun mempunyai pelbagai pilihan ketika menyerang sebelum kami turun menentang mereka.”

“Cara mereka bermain ketika menentang Vietnam turut berbeza ketika menentang kami.”

Kekalahan semalam menyaksikan skuad kendalian Kim Swee hanya gagal 1 peringkat sahaja dari mencapai sasaran yang ditetapkan oleh dirinya.

Beliau menjangkakan pasukannya akan mara ke peringkat suku akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN