Siri The Journey: Champions Tawar Pemain Nikmati Laluan 3 Karier Berbeza

Musim untuk siri permainan video mencipta kemunculan edisi baharu mereka kini telah kembali lagi.

Terbaharu, siri tahunan dari EA Sports iaitu FIFA muncul dengan siri baharu mereka untuk tahun ini iaitu FIFA 19.

Salah satu perkara yang menjadi tumpuan dalam siri ini buat beberapa tahun ini selain daripada FIFA Ultimate Team dan Career Mode adalah siri ala drama The Journey.

Bercakap di ekspo permainan video tahunan iaitu Gamescom, wakil EA Sports mendedahkan siri The Journey dalam FIFA 19 akan memberikan pengalaman bermain mod itu yang cukup berbeza kepada para pemain.

Dalam edisi kali ini, siri yang dinamakan sebagai The Journey: Champions akan menyaksikan 3 watak mempunyai perjalanan karier mereka.

Alex Hunter, adik beliau Kim Hunter dan juga Danny Williams akan mempunyai perjalanan karier masing-masing dalam siri ini.

Alex dan Danny akan mempunyai misi yang sama iaitu untuk menjulang kejuaraan Eropah dengan Alex menyertai kelab Real Madrid.

Sementara Danny pula masih berada di England dengan misi menyelamatkan kariernya yang terumbang ambing.

Bagi Kim pula, beliau mempunyai misi bersama pasukan kebangsaan wanita Amerika Syarikat iaitu ingin menjulang gelaran Piala Dunia Wanita 2019 bersama negaranya.

Menariknya, siri ini membolehkan anda bermain sebagai ketiga-tiga watak ini dalam 3 cerita berbeza dari permulaan siri.

Ianya berbeza dengan siri di FIFA 18 yang sebelum ini hanya membenarkan pemain memainkan watak Danny di episod 4 siri ini dan Kim dalam satu perlawanan sahaja sewaktu Alex bermain bersama LA Galaxy.

Para pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Alex Hunter, Danny Williams dan juga Kim Hunter.

Bentuk episod tidak akan lagi digunakan kerana dalam FIFA 19, EA Sports menggunakan teknik garis masa (timeline) dalam mod ini.

Ianya bermula dari awal musim bola sepak Eropah hingga ke penamatnya.

The Journey: Champions merupakan siri pelengkap kepada trilogi The Journey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN