Hadir Sebagai ‘Legends’, Adriano Buat Kemunculan Semula Di PES2019

Ya, ini cerita betul-betul bukan kisah tipu!

Legenda permainan video Pro Evolution Soccer (PES) bakal kembali mencipta kemunculan selepas sekian lama menyepi.

Untuk edisi PES2019, Konami telah membuat satu keputusan yang nyata popular buat para pemain mereka kerana mereka telah menambah nama bekas pemain Internazionale, Adriano ke dalam senarai pemain Legends mereka.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama antara Konami dan juga Internazionale sebagai rakan kongsi untuk siri PES2019.

Selain Adriano, 3 pemain legenda kelab tersebut turut akan membuat penampilan dalam siri ini.

Mereka adalah Youri Djorkaeff, Estaban Cambiasso dan juga Alvaro Recoba.

Adriano dan juga Recoba sentiasa dikenang sebagai legenda dalam siri PES terutamanya pada zaman PlayStation 2.

Secara ikoniknya, Adriano pernah mempunyai rating 99 dalam kekuatan rembatan beliau dalam siri PES6.

Sementara Recoba pula mempunya rating 99 untuk lencongan rembatan.

Rating rembatan Adriano dalam siri PES6.

4 legenda Internazionale ini akan menyertai barisan para Legends dalam siri PES2019.

Berikut merupakan nama-nama lain yang tersenerai sebagai Legends dalam siri PES2019:

  • Ronaldinho
  • Michael Owen
  • Ian Rush
  • Robbie Fowler
  • Steven Gerrard
  • Steve McManaman
  • Kenny Dalglish
  • Kevin Keegan
  • Diego Maradona
  • David Beckham
  • Romario
  • Ruud Gullit
  • Alessandro Del Piero
  • Pavel Nedved
  • Paolo Maldini
  • Marcelo Salas
  • Johan Cryuff
  • Ivan Zamorano
  • Cafu
  • Bebeto
  • Patrick Vieira
  • Luis Figo
  • Lotthar Matthaus
  • Roberto Carlos
  • Oliver Kahn

PES2019 akan membuat kemunculan di seluruh dunia pada 31 Ogos ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN