Sudahlah Gaji Sangkut 4 Bulan, PFAM Dedah Pemain Sarawak United Turut ‘Dihalau’ Dari Tempat Penginapan

Sarawak United PFAM Gaji

Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini melahirkan solidariti kepada pemain pasukan Sarawak United yang dilaporkan masih belum menerima tunggakan gaji sehingga empat bulan.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang disiarkan di akaun media sosial rasmi persatuan tersebut yang mendedahkan pihaknya telah pun mengeluarkan notis tuntutan terhadap pasukan dari Borneo berkenaan.

“Pada 14 Jun yang lepas, pihak PFAM telah mula mengeluarkan notis kepada Sarawak United FC untuk tuntutan tunggakan kepada pemain yang telah melakukan aduan. Notis susulan turut diberikan kepada Sarawak United FC pada 8 Julai yang lepas,” ujar kenyataan itu.

‘4 Bulan Mederita’ – Sarawak United Dan Tunggakan Gaji Berpisah Tiada

“Walaupun telah menerima respon balas daripada pihak kelab untuk melunaskan tunggakan gaji, namun sehingga kini, tunggakan tersebut masih belum dijelaskan sepenuhnya.

“Lebih mendukacitakan, pada bulan Jun yang lepas, para pemain terpaksa berhadapan dengan situasi menerima notis untuk mengosongkan tempat penginapan mereka kerana bayaran sewa tidak dilunaskan oleh pihak kelab.

“Pihak pengurusan kelab sewajarnya memberikan fokus sepenuhnya dalam menjalankan tanggungjawab mereka bagi mengelakkan hukuman yang berat dikenakan terhadap pasukan.”

PFAM turut mengesahkan isu berkenaan bakal dibawa ke peringkat Majlis Penyelesaian Pertikaian Kebangsaan (NDRC) dalam masa terdekat membuktikan pihaknya begitu memandang serius terhadap permasalahan yang berlaku.

NDRC yang telah diwujudkan pada tahun 2019 berperanan sebagai medium untuk menyelesaikan isu pertikaian membabitkan isu kontrak pemain dengan kelab, namun ia tidak akan bertindih dengan fungsi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada Selasa, Presiden Sarawak United, Datuk Posa Majais memberi jaminan pihaknya akan menyelesaikan semua tunggakan melibatkan pemain dan barisan kejurulatihan yang dianggarkan sekitar RM2 juta selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Pada bulan Julai lalu, pasukan itu juga telah dikenakan hukuman sekatan daripada membuat aktiviti perpindahan pemain tempatan dan import oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia ekoran aduan yang dibuat oleh bekas pemain importnya dari Brazil, Sandro da Silva Mendoca yang dikatakan masih belum menerima tunggakan gaji kira-kira RM150,000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN