‘4 Bulan Mederita’ – Sarawak United Dan Tunggakan Gaji Berpisah Tiada

Sarawak United Gaji

Isu tunggakan gaji melibatkan pasukan Sarawak United bukanlah ibarat pisang berbuah dua kali, tetapi ia sudah berkali-kali sehingga semua pihak termasuk pihak media yang sudah ‘muak’ mendengar masalah sama.

Presiden kelab, Datuk Posa Majais dalam kenyataan terbaharunya kepada Astro Arena mengesahkan kini pasukan tersebut sedang menanggung tunggakan gaji untuk tempoh hampir empat bulan.

Namun pihaknya berjanji akan menyelesaikan semua tunggakan melibatkan pemain dan barisan kejurulatihan yang dianggarkan sekitar RM2 juta selewat-lewatnya dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kami telah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkenaan dan bakal menyelesaikan tunggakan gaji itu dalam tempoh dua minggu ini,”

Sarawak pada bulan Julai lalu telah dikenakan hukuman sekatan daripada membuat aktiviti perpindahan pemain tempatan dan import oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia ekoran aduan yang dibuat oleh bekas pemain importnya dari Brazil, Sandro da Silva Mendoca yang dikatakan masih belum menerima tunggakan gaji kira-kira RM150,000.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN