Mengapa Menang Ke Atas Liverpool Penting Buat Man United?

Man United Liverpool EPL

Akhirnya Manchester United berjaya meraih kemenangan pertama mereka pada musim 2022/23 apabila menang ke atas musuh ketat, Liverpool.

Man United menang 2-1 dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, awal pagi tadi dan meleraikan sumpahan tewas dalam dua perlawanan awal.

Secara tidak langsung ia melonjak kedudukan Man United ke kedudukan ke-14 English Premier League (EPL) daripada kedudukan tercorot liga.

Mengapa kemenangan pertama ‘Red Devils’ ini penting buat mereka? Bukan sahaja penting buat mereka, malah ia membantu penyokong mereka untuk ‘check-out’ gua lebih awal selepas dua perlawanan telah terkurung di sana.

Skuad lebih bersinar tanpa Ronaldo dan Maguire

Keputusan pengendali, Erik ten Hag menyisihkan dua bintang, Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire selain Luke Shaw dan Fred membuahkan hasil. Man United menampilkan 45 minit pertama yang amat menakjubkan.

Mereka mendahului babak pertama dengan satu gol di depan hasil jaringan Jadon Sancho pada minit ke-16. Berdepan skuad serba ampuh Liverpool ia prestasi yang sangat membanggakan oleh barisan pemain Man United.

“Kita boleh sahaja bercakap tentang taktikal tetapi segalanya adalah tentang sikap pemain. Saya gembira dengan persembahan pemain tetapi kita perlu membawanya dalam setiap perlawanan.”

Erik ten Hag

Walaupun tanpa beberapa pemain bintang, anak didik Ten Hag sebenarnya mampu memberikan aksi yang sangat baik. Sancho misalnya, telah berjaya memecah kebuntuan gol oleh pemain Man United selepas tiga perlawanan.

Jaringan itu menghantar penyokong mereka di Old Trafford menjadi gila!

Sancho juga menamatkan perlawanan dengan satu ‘key passes’ dan dua ‘successful dribbles’ serta membuktikan beliau pilihan terbaik untuk aksi penting apabila pernah meledak gol berdepan Chelsea dan Man City.

Ini menandakan Ten Hag sebenarnya boleh bergantung kepada skuad tanpa Ronaldo mahupun kapten, Maguire. Tanpa pemain bintang sekalipun, ‘Red Devils’ berjaya menundukkan ‘The Reds’ yang ampuh di segenap sudut.

Kemenangan pertama yang menambah keyakinan

Menurut pengganti kapten untuk perlawanan ini, Bruno Fernandes, kemenangan ini membantu mereka dari segi keyakinan mereka.

“Hari ini sangat penting buat kami. Kami mempamerkan intensiti yang sepatutnya dan paling penting karekter yang sebenar. Kami raih tiga mata. Menghasilkan gol pertama sangat penting buat kami, untuk keyakinan kami.”

Selepas dua perlawanan tumbang, tentunya tahap keyakinan mereka berada di tahap yang rendah. Kemenangan pertama dan ke atas musuh ketat Liverpool sangat membantu mereka. Malah Man United merupakan pasukan pertama yang mendahului Liverpool dengan kedudukan 2-0 selepas kali terakhir Aston Villa melakukannya pada Oktober 2020.

Man United perlu mulakan gandingan baru di benteng

Kemenangan Man United ke atas Liverpool memberi satu lagi petanda yang mereka perlu terus beri kepercayaan kepada gandingan yang digunakan pada perlawanan tersebut iaitu Raphael Varane and Lisandro Martinez.

Kerusi RECARO dilihat amat sesuai dan selesa buat Maguire buat masa ini.

Dua perlawanan sebelum ini saat tewas 1-2 kepada Brighton dan dimalukan Brentford 0-4, Maguire beraksi penuh selama 90 minit bersama Martinez.

Varane dan Martinez membentuk gandingan yang ampuh buat Man United apabila berjaya bertahan dengan ombak serangan Liverpool. Fizikal mereka, ‘positioning’ mereka serta kesefahaman yang dipamerkan telah membantu benteng ‘Red Devils’ berdiri kukuh berdepan anak didik Jurgen Klopp.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN