Alisson Becker Dedah Alasan Sebenar Mengapa Liverpool Tewas Di Tangan Man United

Alisson Becker tampil mendedahkan alasan sebenar mengapa Liverpool tewas di tangan Manchester United ketika kedua-dua pasukan di pertemukan sebelum ini.

Penjaga gol kebangsaan Brazil itu mengakui yang pasukan lawan sebenarnya sudah pelajari dan memahami tentang corak permainan skuad Liverpool dan hal itu merupakan punca The Reds mencatatkan kekalahan 2-1 di tangan Red Devils.

Kesebelasan utama Liverpool dalam perlawanan kemarin dibarisi pemain seperti James Milner, Jordan Henderson dan Harvey Elliott di posisi midfield.

Dek kerana ramai pemain utama terpaksa diketepikan atas masalah kecederaan, maka Jurgen Klopp sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain untuk diturunkan dalam kesebelasan utamanya dalam perlawanan tersebut.

Jadon Sancho dan Marcus Rashford menjaringkan gol untuk Manchester United sementara Mohamed Salah mencatat nama sebagai penjaring gol saguhati untuk skuad The Reds.

Alisson Becker yang bolos dua kali dalam perlawanan tersebut mendedahkan yang corak permainan Liverpool sebenarnya sudah boleh dibaca oleh pasukan lawan.

“Pasukan lain, ketika mereka bermain bertemu kami, mereka tahu cara bagaimana kami bermain dan mereka mencuba untuk memanfaatkan itu dan mereka menggunakan itu ketika bertemu kami.”

Jelas Alisson kepada laman rasmi Liverpool.

“Ia sesuatu yang dah berkali-kali jadi kepada kami, tapi sesekali kami dihukum atas itu dan malam ini itu lah apa yang berlaku.”

“Kadang kala kita perlu lebih sempurna dalam permainan. Ia agak sukar untuk melakukan itu, tapi ketika bermain sebagai satu pasukan, kami mampu lakukan itu dan kami boleh perbaiki.”

“Kami cuma perlu terus bekerja keras dan perbaiki corak permainan kami dari semua segi dan mempertahankan bola.”

“Bagaimana kita boleh ubah itu? dengan sikap kita untuk mengubah itu. Kadang kala, ketika permainan, kita akan melakukan beberapa kesilapan dan kita akan dihukum atas kesalahan itu.”

Alisson Becker turut memuji Manchester United yang sebelum ini tewas dua perlawanan awal mereka bertemu Brighton dan Brentford.

“Kita tahu mereka boleh bermain seperti itu dan bersedia untuk menghadapi perlawanan itu mengikut situasi berbeza, tapi kadang kala dalam perlawanan kita perlu biasakan diri sebagai satu pasukan, tapi kita dah tahu.”

Tambah Alisson Becker lagi.

“Kami berlatih dan bersedia untuk hadapi perlawanan itu dan turut berfikir macam-macam kebarangkalian. Saya percaya yang kami semua sudah bersedia, tapi tak berikan yang terbaik di atas padang dengan melakukan kesilapan dari segi cara membuat keputusan dan cara bermain.”

Alisson turut sangat berharap agar skuadnya kembali bangkit menjelang aksi bertemu Bournemouth hujung minggu ini dengan The Reds terdesak mencari tiga mata dari perlawanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN