Micah Richards Terkejut Melihat Aksi Van Dijk Ketika Bertemu Man United

Bekas pemain pertahanan Manchester City, Micah Richards mendedahkan yang beliau sangat terkejut melihat beberapa aksi yang dipamerkan oleh Virgil van Dijk ketika bertemu Manchester United kemarin.

Micah Richards turut menganggap yang agak aneh untuk melihat Van Dijk keluar dari karakter kebiasaanya beliau ketika beraksi di atas padang.

Liverpool jelas sekali sangat bergelut pada permulaan musim ini selepas mereka mencatatkan dua keputusan seri dan satu kekalahan dari tiga perlawanan awal musim ini.

Kekalahan bertemu Manchester United merupakan satu tamparan hebat untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu dan jelas sekali mereka mahu segera bangkit dari mimpi ngeri yang sedang mereka lalui.

Jadon Sancho berjaya membuka tirai jaringan untuk skuad Man United pada aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut dengan beliau berjaya memperdaya James Milner sebelum merobek gawang gol Alisson Becker.

Beliau bukan hanya berjaya memalukan pemain veteran England itu, namun Sancho juga turut berjaya memperbodoh-bodohkan Virgil Van Dijk sebelum meledak gol pembukaan Man United.

Micah Richards yang telah membuat 204 penampilan dalam saingan Premier League itu mendedahkan yang beliau sangat terkejut melihat cara bagaimana Van Dijk bermain dalam perlawanan tersebut.

“Dia kebiasannya sangat dominan, dia pandai baca perlawanan dan dengan mudah mengatasi Sancho, tapi dia buka ruang yang luas dan saya tahu orang akan bercakap tentang Milner dan bagaimana dia tersembam dalam kotak penalti itu.”

“Tapi Van Dijk pula jelas sekali hanya berdiri sahaja di sana.”

Jelas Micah Richards kepada BBC Radio 5 Live.

“Ia cara bertahan yang agak aneh, kita semua tahu yang Van Dijk ada mengalami masalah kecederaan dan mereka merupakan pasukan yang lebih baik jika dia berada di situ, tapi beberapa kesilapan dia tak nampak dia yang lakukan dan saya betul-betul terkejut melihat pemain pertahanan berkelas dunia melakukan hal seperti itu.”

“Sangat aneh untuk melihat hal seperti itu.”

Walaupun beliau tidak memberikan yang terbaik dalam permainannya, namun Van Dijk bukanlah punca sebenar mengapa Liverpool tewas dalam perlawanan tersebut.

Dua keputusan seri dan satu kekalahan menyebabkan Liverpool kini berada di kedudukan ke-16 dalam carta saingan Premier League dan hal itu jelas sekali membimbangkan para penyokong.

Memandangkan Ibrahima Konate dan Joel Matip masih dibelenggu masalah kecederaan, Jurgen Klopp jelas sekali akan sangat berharap agar Virgil van Dijk bakal mampu mendapatkan tahap persembahan terbaiknya bagi membantu Liverpool kembali bangkit.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN