Cristiano Ronaldo Dihentam Kerana Memulaukan Jamie Carragher

Legenda Manchester United, Cristiano Ronaldo telah dihentam teruk oleh Jose Enrique selepas beliau dilihat memulaukan belas bintang Liverpool, Jamie Carragher menjelang aksi di Old Trafford kemarin.

Carragher ketika itu sedang menjalankan tugasnya sebagai pundit untuk Sky Sports dalam acara Monday Night football bersama bekas bintang Manchester United, Roy Keane dan Gary Neville.

Ronaldo sementara itu dilihat sedang memanaskan badan di belakang pundit-pundit tersebut dan beliau kemudiannya bergerak ke arah bekas rakan sepasukannya itu untuk bertegur sapa.

Walau bagaimanapun, para peminat mengesan yang Ronaldo pada ketika itu beberapa kali memulaukan Jamie Carragher dan menganggap seolah-olah bekas bintang England itu tidak wujud di situ.

Penyampai Sky, Dave Jones bergurau tentang reaksi Ronaldo yang memulaukan Carragher dengan menyatakan bahawa:

“Saya rasa ia perbualan yang menarik bersama kamu Jamie.”

Carragher kemudiannya ketawa besar dan mendakwa yang beliau benar-benar dipulaukan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu.

Melihat kepada insiden tersebut, bekas bintang Liverpool, Jose Enrique memuat naik status di laman media sosial miliknya untuk menghentam tindakan Cristiano Ronaldo.

“Sikap biadap yang ditunjukkan oleh Cristiano Ronaldo terhadap Carra adalah tindakan yang tak betul.”

Jelas Jose Enrique.

“Keane dan Gary (Neville) pernah hentam dia di Sky Sports juga, jadi saya yakin bukan kerana itu.”

“Seseorang yang telah bermain bola sepak dalam tempoh yang panjang dan telah membuat banyak penampilan bersama Liverpool, setidak-tidaknya kamu ucap hai sahaja tanda menghormati.”

https://twitter.com/DELE22_/status/1561825338413514753?s=20&t=6Lyke__2ol32G2MLjaUmMQ

“Satu lagi sebab kenapa saya tak akan pernah suka Cristiano Ronaldo dan ketika karier bola sepaknya berakhir, kita tengok siapa yang akan ada di sisi dia kalau dia macam ini.”

Enrique sememangnya sangat lantang dalam membahaskan sesuatu hal terutama selepas beliau bersara dari dunia bola sepak.

Beliau tidak teragak-agak ketika mahu mengeluarkan kenyataan dan membahaskan segala isu yang sedang berlaku.

Bekas kelabnya, Liverpool walau bagaimanapun terpaksa akur untuk sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh selepas mereka mencatatkan kekalahan 2-1 di tangan Manchester United.

Dari tiga perlawanan awal pada musim ini, Liverpool hanya mampu mengutip dua mata sahaja selepas mereka mencatatkan keputusan seri bertemu Fulham dan Crystal Palace sebelum ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu tentu saja kecewa dengan keputusan-keputusan yang mereka catatkan dan jelas sekali mereka akan sangat berharap agar mereka akan kembali bangkit dan menemui rentak kemenangan selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN