Jawatankuasa Pengadil: Penilaian Insiden Afif Dan Guerra, Penalti Atau Tidak?

Dalam alam satu entri terbaru Intrprestasi Lawan Fakta Sebenar, siri 2, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Salleh telah memberikan penjelasan berhubung insiden kekasaran Afif Amiruddin di dalam kotak penalti.

Insiden kontroversi tersebut berlaku dalam perlawanan JDT menentang Pahang pada suku akhir ke-2 Piala FA.

MALAYSIA, Johor Bahru: Amirulhadi of JDT (blue) and Pahang players (white) during FA Cup match at Larkin Stadium on April 23, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Beliau menjelaskan, sebarang kekasaran di dalam kotak penalti memang akan diberikan penalti termasuk:

– menolak
– menerjah
– menendang ataupun cubaan menendang
– menolak
– menyerang ataupun cubaan menyerang (termasuk menghantuk)
– bentesan ataupun cabaran yang tidak bersih
– menjatuhkan lawan ataupun cubaan menjatuhkan lawan

Pengadil tersalah tafsir

Subkhiddin berkata:

“Berdasarkan kepada perenggan di atas, pihak jawatankuasa penilai pengadil FAM, bersetuju bahawa Pengadil pada perlawanan ‘JDT lwn Pahang’, telah tersalah tafsir.”

“Ini apabila pengadil gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemain yang melakukan kesalahan ‘tackles or challenge’ didalam kawasan penalti terhadap pemain JDT (No 22 / Gabriel Guerra).”

“Guerra, yang bergerak dari luar kawasan penalti telah berjaya melepasi 2 pemain Pahang sebelum pergerakannya terhenti di dalam kawasan penalti disebabkan kesalahan yang dilakukan oleh pemain Pahang (No 19/Afif).”

“Jawatankuasa bersetuju bahawa Pemain Pahang (No 19), dalam usahanya untuk memenangi kawalan ke atas bola telah tersalah agakan sehingga melakukannya secara cuai/‘careless’.”

“Ini telah menyebabkan berlaku sentuhan fizikal terhadap pemain lawan yang menyebabkan pergerakan pemain JDT (No 22) tersebut terhenti (if an offence involves contact it is penalised by a direct free kick or penalty kick).”

Rumusan insiden: Penalti dan kad kuning wajar diberikan kepada Afif

“Dalam insiden ini pemain Pahang (No 19), jelas tidak menyentuh bola sama sekali, sebaliknya ‘challenge-tackle’ beliau telah secara langsung menyentuh pemain lawan secara ‘careless’ dan melebihi dari tahap yang sepatutnya.”

“Selain daripada sepakan penalti, pemain Pahang (No 19) juga perlu dikenakan tindakan disiplin Kad Kuning disebabkan melakukan foul yang mengganggu serangan lawan yang berpotensi untuk menghasilkan gol.”

Beliau juga memberitahu, mulai dari 1 Jun 2017, walaupun pemain cuba memenangi bola namun mereka menjatuhkan lawan, penalti tetap diberikan walaupun tiada kad kuning (kerana ia cubaan memenangi bola).

Begitulah rumusan daripada insiden Afif Amiruddin yang menjatuhkan Gabriel Guerra.

Untuk insiden Afiq Fazail dan Sumareh, anda boleh rujuk artikel: Jawatankuasa Pengadil FAM: Rumusan Insiden ‘Retaliation’ Afiq Fazail Dan Kekasaran Sumareh

Subkhiddin melabel perlawanan ini sebagai berprofil tinggi. Beliau berkata:

“Semua perlawanan adalah sangat penting, bagaimanapun, kumpulan Pengadil yang dilantik untuk mengendalikan sesuatu perlawanan ‘berprofil tinggi’ amat menyedari, ianya bukanlah satu tugas mudah.”

“Untuk itu, kajian terhadap corak permainan, persediaan untuk memahami ‘characteristic’ pemain dan sesuatu pasukan secara keseluruhannya perlu dilakukan sebelum mereka memasuki ‘gelanggang’.”

“Ini untuk memberikan persembahan terbaik seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Kesilapan ‘ketara’ pasti akan mengundang padah dan masalah besar kepada mereka.”

“Jawatankuasa amat menghargai sumbangan yang mereka berikan dan memahami kesilapan yang berlaku adalah semata-mata ‘honest mistake’ dan bukannya perancangan seperti yang diperkatakan.”

“Decisions of the referee. (Page; 45)”

“Decisions will be made to the best of the referee`s ability according to the Laws of the Game and the ‘spirit of the game’ and will be based on the opinion of the referee who has the discretion to take appropriate action within the framework of the Laws of the Game.”

“Berdasarkan sekali lagi kepada perenggan di atas, saya ingin menegaskan bahawa bukan semuanya keputusan yang diberikan oleh Pengadil, sama ada di dalam mahupun luar negara itu adalah betul.”

“Keputusan yang diberikan oleh mereka juga perlu melalui proses penilaian semula sekiranya terdapat kekurangan.”

“Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik maka jawatankuasa penilai mereka juga akan meneliti setiap pertimbangan (consideration) yang sewajarnya sebelum memutuskan sesuatu keputusan tersebut berdasarkan kepada konsep yang diguna pakai secara konsisten di seluruh dunia.”

“Saya berharap penjelasan ini akan dapat memberikan sedikit gambaran dan pencerahan kepada semua pihak.”

Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab

Subkhiddin Salleh

“Saya juga berharap agar setiap mereka yang terlibat dengan bolasepak dan bernaung di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan lebih bertanggungjawab dalam setiap perkara dan isu yang mereka ingin tonjolkan.”

“Kepada mereka yang memiliki laman sosial samada secara individu mahupun untuk kelab penyokong, perlulah bersikap jujur dalam usaha kita untuk mendidik ‘keluarga bola sepak Malaysia’ agar berkembang sebagai masyarakat yang berilmu dan bertanggungjawab.”

“Kini adalah masa terbaik untuk kita memperbaiki masa hadapan bolasepak Malaysia. Oleh itu, jauhilah sifat dan hasad iri hati, berbaik sangkalah dengan memandang ke hadapan.”

Baca juga: Prestasi Pasukan Perak: Apa Ke Hei Nyer Yob?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN