Prestasi Pasukan Perak: Apa Ke Hei Nyer Yob?

Janji manis PAFA di awal musim adalah untuk ‘membawa’ peminat Perak menyaksikan pasukan mereka untuk menonton aksi pasukan Bos Gaurus di final. Tapi apa yang terjadi dalam pasukan Yob ini kini adalah sebaliknya.

Perak memulakan aksi awal musim dengan agak bertenaga dibawah kendalian jurulatih lagenda dari Jerman – Karl Heinz Weigang.

Namun begitu, 3 kemenangan liga dan kejayaan di Piala FA belum cukup untuk memanjangkan jodoh antara pasukan Bos Gaurus dengan Weigang.

Meskipun berjaya ‘mengajar’ JDT bermain bola di Stadium Perak, kontrak Weigang bersama PAFA setelah itu ditamatkan dengan alasan yang kurang jelas.

Spekulasi penamatan kontrak Weigang

Pelbagai spekulasi ditimbulkan dengan alasan terkukuh adalah pemain-pemain Perak tidak lagi dapat menerima corak latihan umpama ‘kuku besi’ yang diterapkan Weigang.

Justeru bekas pengendali Selangor Mehmet Durokovic, dilantik menggantikan tempat Weigang.

Pelbagai reaksi ditunjukkan penyokong Perak mengenai perlantikan ini. Ada yang menerima dan ada juga yang masih terkenang dan mengharapkan khidmat Weigang ditagih semula.

Rekod Mehmet di Perak

Di bawah kendalian Mehmet setakat ini, 5 aksi liga dan 1 perlawanan Piala FA telah dilalui.

Daripada 6 aksi tersebut, Perak hanya menang sekali iaitu menewaskan musuh tradisi iaitu Selangor di gelanggang lawan.

Itu pun hanya melalui sepakan penalti yang disempurnakan Zaquan Adha.

Setelah itu, tiada lagi kemenangan yang berjaya dihadirkan skuad Bos Gaurus.

Tewas 0-2 di aksi pusingan keempat Piala FA kepada Kedah serta dua aksi terakhir pula menyaksikan skuad Bos Gaurus seri kedua-duanya dalam aksi liga.

Dari segi corak permainan, mungkin boleh dikatakan agak menurun dari era Weigang. Tetapi harus diingat Weigang dan Mehmet adalah dua jurulatih dengan taktikal berbeza.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Mungkinkah ada sinar selepas ini?

Apa yang dipamerkan di Stadium Negeri menentang Sarawak baru-baru ini bolehlah disifatkan sebagai ada peningkatan dari corak permainan.

Tapi 3 mata yang diharapkan dapat dibawa pulang masih tidak kesampaian. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan Mehmet terutamanya memperbaiki banteng pertahanan yang seolah agak rapuh.

13 gol yang dilepaskan kepada lawan dalam 6 aksi di bawah kendalian beliau agak merisaukan buat peminat Bos Gaurus.

Meski telah berjaya layak ke aksi Piala Malaysia tapi prestasi merudum sejak bertukar jurulatih dari tangan dengan ‘kuku besi’ ke tangan yang lebih lembut sentuhannya membuatkan persoalan, “apa ke hei nyer Yob?,” kini mula diajukan penyokong Bos Gaurus untuk dijawab oleh pemain serta barisan kejurulatihan Perak kini.

Gambar: Zulkifly Abdul Hamid/Asiana

Harapnya ada sinar buat pasukan Bos Gaurus di aksi-aksi selepas ini.

Semoga pertemuan dengan Kedah dapat menjadi pembuka jalan untuk skuad yang utuh bertahan di liga utama bola sepak negara ini mula mengutip 3 mata berharga bagi memberi saingan untuk kejuaraan liga musim ini.

Dan apa yang pasti, kami nantikan kemenangan mengkome Yob!

Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!

Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan dari Nora Wahid. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Mehmet Durakovic Kini Selesa Di Perak, Banyak Tempat Menarik Untuk Dilawati

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN