4 Pemain Digantung 1 Perlawanan, Nazmi Faiz Diberi Amaran, Tiada Semangat Kesukanan

Jawatankuasa Tatatertib FAM, di bawah Artikel 81, Kod Tatatertib FAM telah memutuskan untuk menggantung beberapa pemain Liga Super.

Pemain-pemain berikut digantung satu perlawanan dan denda RM3,000.00 kerana melakukan terjahan keras di dalam perlawanan masing-masing.

Hukuman 1 perlawanan ini adalah hukuman tambahan selepas jawatankuasa tatatertib FAM meneliti beberapa bukti yang menunjukkan pemain-pemain terbabit melakukan kekasaran yang memudaratkan.

Jadi ini, bukan bermaksud setiap pemain ini hanya perlu menjalani penggantungan 1 perlawanan sahaja.

1. Pemain JDT Afiq Fazail (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017 ataupun pada perlawanan Liga Super 2017, Melaka melawan JDT.

Ini adalah kerana Pasukan JDT tidak layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA 2017.

2. Pemain Kedah Mohd Rizal Ghazali (T Team vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 09.05.2017 ataupun pada perlawanan Liga Super 2017, PKNS FC melawan Kedah.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad merah semasa perlawanan Liga Super, T-Team vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan 49 Liga Super 2017, Perak melawan Kedah.

3. Pemain T-Team Fakhrurazi Musa (T-Team FC vs Kedah. Liga Super)

(a) Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 06.05.2017, pada perlawanan Liga Super 2017, T-Team FC melawan Perak.

(b) Penggantungan automatik kerana menerima kad kuning ketiga semasa perlawanan Liga Super, T-Team FC vs Kedah pada 15.04.2017 adalah pada 26.04.2017, perlawanan Liga Super 2017, T-Team FC melawan Selangor.

4. Pemain Pahang Mohamadou Sumareh (JDT mln Pahang. Suku akhir kedua Piala FA)

Sumareh / kredit foto: Asiana.my

Penggantungan yang disebut di atas akan dilaksanakan pada 30.04.2017, perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2017, Pahang melawan Negeri Sembilan.

Keputusan mesyuarat tatatertib FAM ini telah diumumkan menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu.

Nazmi Faiz diberikan amaran keras

Seorang lagi pemain JDT, Nazmi Faiz telah diberikan amaran keras oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Ini kerana tingkahlaku Nazmi yang tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan pemain Pahang sebaik tamat perlawanan pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 yang lepas.

Kami di semuanyaBOLA menyokong idea tindakan retrospektif seperti ini. Ianya adalah merujuk kepada pengadilan selepas perlawanan.

Diharap, semua pemain dan pegawai pasukan lebih tenang jika ada insiden yang mereka rasakan tidak memihak kepada mereka.

Ini kerana mereka boleh membuat aduan menerusi saluran yang betul.

Baca juga: Newcastle United Kembali Ke Premier League Selepas Semusim Di English Championship

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN