Subkhiddin Cadangkan Selangor Tamatkan Kontrak Yazan Al-Arab

Subkhiddin Mohd Salleh yang merupakan Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mencadangkan supaya tindakan keras perlu diberikan kepada pertahanan import Selangor musim ini iaitu Yazan Al-Arab atas tindakan ganasnya pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Sebelum itu, Yazan telah pun menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Bin Mohd Amir kerana tidak berpuas hati dilayangkan kad merah seusai perlawanan ditamatkan.

Tindakan ‘Bebal’ Yazan Al-Arab Bakal Undang Masalah Buat Selangor

Yazan yang bermula di bangku simpanan sebelum itu, dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk menggantikan penyerang utama Selangor iaitu Richmond Boakye.

Masalah mula berlaku sebaik sahaja wisel penamat perlawanan dibunyikan, setelah Yazan bertindak agresif untuk memarahi pengadil sehingga layangan kad merah diberikan buat pemain tersebut.

Kemuncaknya, Yazan dikesan telah pun mengangkat kaki ke belakang pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan lain bagi menghentikan tindakan tersebut.

Jelas Subkhiddin, FAM bukan sahaja perlu memberi hukuman setimpal kepada pertahanan tersebut, malah pengurusan Selangor sendiri wajar mengambil tindakan sepatutnya kerana tindakan Yazan dianggap sangat biadab.

Antara cadangan dikeluarkan oleh Subkhiddin termasuklah Selangor perlu mengambil tindakan tegas untuk menggantung atau menamatkan terus kontrak pemain tersebut musim ini.

“Bukan sahaja FAM, pasukan yang memegang kontrak pemain itu juga perlu bangkit untuk bertanggungjawab.

“Semasa insiden kali pertama berlaku di Kelantan, saya ada minta supaya kelab mengambil tindakan tegas seperti menggantung kontrak pemain berkenaan.

“Bagi FAM, saya mencadangkan supaya mencontohi tindakan yang diambil oleh AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) terhadap salah seorang pemain dari sebuah kelab di negara kita yang terbabit dengan insiden serupa dalam pertandingan ACL (Liga Juara-Juara Asia).

“Ya, biarkan dia mencari makan di tempat lain. Bagi saya kita tidak memerlukan pemain yang memberi contoh tidak baik bukan sahaja kepada liga tetapi juga kepada masyarakat di negara ini khususnya mereka yang bermain di sekolah dan dalam liga kecil di negeri,” kata Subkhiddin menerusi laporan daripada Berita Harian.

Pada masa sama, Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM turut menyatakan mengenai bentuk hukuman atas insiden tersebut bakal diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib tidak lama lagi.

Kami di Semuanya BOLA berharap supaya tiada lagi tindakan sedemikian rupa berlaku dengan membabitkan pemain bola sepak profesional dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada masa akan datang.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN