Piers Morgan Mahu Arsenal Lepaskan Kai Havertz Demi Ivan Toney

Jurnalis terkenal Eropah iaitu Piers Morgan menggesa supaya pasukan kesayangannya, Arsenal bertindak lebih pantas untuk mendapatkan khidmat Ivan Toney selaku penyerang baharu kelab tersebut.

Awal musim ini menyaksikan posisi serangan utama Arsenal sedikit goyah selepas Gabriel Jesus pada awalnya mengalami isu kecederaan serta pemain gantian kurang memberi impak diinginkan.

Bawah kendalian Mikel Arteta, Arsenal sebenarnya terus mempamerkan karakter mereka selaku salah satu pencabar utama bagi merebut kejuataan English Premier League (EPL) musim ini.

Dengan barisan pemain yang dianggap serba kuat di segenap posisi, The Gunners masih lagi mempunyai isu penyudah untuk mendapatkan lebih banyak jaringan sepatutnya diperoleh pada setiap perlawanan dihadapi.

Disebabkan itu, Morgan kini turut mencadangkan nama penyerang berbisa Brentford iaitu Ivan Toney selaku calon pemain baharu untuk memperkukuhkan jentera hadapan Arsenal.

Toney yang menjadi antara penyerang berbisa musim lalu di England sebelum itu menjalani hukuman penggantungan atas kesalahan terlibat dalam pertaruhan yang menyaksikan dirinya akan kembali beraksi pada Januari tahun hadapan.

Pengurus Brentford iaitu Thomas Frank juga mengakui kelab kini mempunyai perancangan selama 16 minggu sebagai persiapan buat Toney kembali beraksi di atas padang Januari akan datang.

Ketika ini, Morgan menyatakan Arsenal perlu bertindak lebih pantas untuk cuba mendapatkan khidmat Toney pada Januari hadapan sebelum beliau menyertai kelab baharu menerusi laporan daripada Sportbible.

“Pada pandangan saya, Arsenal perlu bergerak secepat mungkin pada Januari ini untuk mendapatkan khidmat Toney atau pemain berkualiti seperti dirinya,” jelas Morgan.

Ketika ditanya jika Arsenal mempunyai dana besar untuk mendapatkan khidmat Toney, Morgan menyatakan pasukan tersebut supaya menjual sahaja Kai Havertz kepada pasukan baharu.

“Boleh sahaja Arsenal jual Kai Havertz selepas ini dan kita dapatkan kembali £70 juta untuk menandatangani pemain baharu,” kata Morgan lagi.

Havertz menjadi antara pemain yang menerima kritikan keras pada awal musim ini selepas beliau masih gagal untuk memberi impak cukup besar buat barisan serangan Arsenal.

Menerusi situasi ketika ini, Arsenal sudah tentu memerlukan pemain serangan baharu kerana mereka juga terlibat dalam persaingan UEFA Champions League (UCL) untuk memberi lebih banyak pilihan buat Arteta merencanakan kelab kendaliannya.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN