‘Trust The Process’- Ivan Mamut Buktikan Beliau Mesin Gol Sejati Terengganu

Penyerang berbisa Terengganu iaitu Ivan Mamut pastinya menjadi antara pemain yang paling berpuas hati ketika ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), setelah perjalanan kariernya kini semakin mendapat pujian ramai.

Pada awal musim Mamut dalam saingan Liga Super di Malaysia, segalanya tampak tidak begitu menjadi selepas pemain ini begitu tumpul di hadapan gawang gol serta kurang memberi impak besar di posisi serangan.

“Sedikit Kecewa”- Ivan Mamut Mahu Bangkit Ledak Gol Buat Terengganu

Malah, beliau juga menjadi mangsa kritikan sekelompok besar penyokong Terengganu kerana kelemahan beliau untuk menyudahkan peluang dalam beberapa perlawanan awal membabitkan pasukan tersebut.

Daripada segi moral, sudah tentu Mamut perlu dipuji walaupun ada ketika persaingan sengit di posisi serangan menyaksikan Jordan Mintah lebih menyerlah pada awal musim berbanding dirinya.

Namun kini, Mamut sudah pun mengecapi apa diinginkan setelah beliau turut mendapat kepercayaan penuh daripada Tomislav Steinbruckner yang mempercayai proses peningkatan buat penyerang dari Croatia itu.

Tidak hanya berpaksikan kepada jumlah jaringan sahaja, kelibat Mamut juga banyak menghidupkan posisi serangan pasukan tersebut menerusi kerajinan beliau untuk mendapatkan bola serta kreatif merencana gerakan.

Malah, penyerang tinggi lampai itu turut merekodkan dua kali jaringan hatrik pada musim pertama beliau di Malaysia untuk meninggalkan impak cukup positif bersama pasukan tersebut.

Rekod semasa kini menunjukkan Mamut sudah pun meledak 17 gol bersama Terengganu dalam semua kejohanan disertai mereka termasuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 sebelum itu.

Jaringan tunggal Mamut pada aksi tersebut sudah cukup untuk membantu Terengganu mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mereka terikat seri dalam aksi kedua suku akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Namun kelebihan jaringan sebelum itu yang dibawa Terengganu ketika suku akhir pertama menjadi pemisah kepada kedua pasukan tersebut untuk menyaksikan Sang Penyu gah ke pusingan seterusnya.

Menerusi baki perlawanan yang masih ada musim ini membabitkan Terengganu dalam aksi AFC, Liga Super, serta Piala Malaysia, pastinya ramai mengharapkan jumlah jaringan dihasilkan Mamut akan terus bertambah.

Selain Mamut, sentuhan Steinbruckner sejak awal musim ini juga menyaksikan ramai pemain tempatan lain turut mempamerkan impak cukup positif kini bersama pasukan walaupun pada usia masih muda.

Nama Safwan Mazlan, Ubaidullah Shamsul, Azam Azmi Murad, Shahrul Nizam, Engku Shakir, Syahmi Zamri, dan ramai lagi antara yang menonjol kini bawah kejurulatihan Steinbruckner.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN