Suarez Terpaksa Menipu Isteri Dan Anak Beliau Kerana Insiden Gigit Chiellini

Luis Suarez terpaksa menipu keluarga beliau termasuk isteri dan anak beliau berkenaan insiden menggigit Chiellini.

Beliau juga pernah berkata, tidak akan datang ke majlis gala FIFA.

Suarez berkata:

“Saya menderita. Saya manusia biasa dan saya juga tahu erti menderita. Anak perempuan saya tahu penderitaan saya.”

“Ketika kami sepatutnya naik pesawat ke Rio untuk berhadapan dengan Colombia pada perlawanan seterusnya.”

“Salah seorang saudara saya memberitahu dia (anak) untuk tidak naik pesawat tersebut kerana ayahnya tiada di situ.”

“Bayangkan penderitaan saya ketika itu. Ia antara hari yang paling sukar dalam hidup saya sebagai seorang ayah.”

“Kemudian, ketika saya pergi ke Barcelona saya harus berlatih di gym dahulu kerana masa tu saya tidak boleh berlatih di padang lagi. Ia memang sakit.”

“Anak saya berterusan bertanya, kenapa saya tidak bermain. Saya susah nak menjawab.”

“Di rumah, sikap saya berbeza dengan saya di dalam padang. Saya seorang yang lebih lembut di rumah, keluarga saya tahu pasal hal itu.”

“Anak saya pun tahu, ayah dia manusia biasa dan melakukan kesilapan seperti manusia lain.”

Luis Suarez digantung 4 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak selepas insiden menggigit Giorgio Chiellini.

“Saya juga telah melukai perasaan isteri saya Sofia. Saya telah menipu dia ketika pertama kali dia bertanya, sama ada saya menggigit Chiellini.”

“Pada ketika itu saya tidak cukup kuat untuk mengaku. Dia tahu saya menipu dan dia terus bertanya.”

“Dia mahu saya mengakui kesalahan seperti sebelum ini. Dia tahu saya bukan seperti itu.”

“Jika saya tidak mampu menjadi diri sendiri sebelum ini, ia akan menjadi masalah. Ini kerana, saya tiba ke sini (Barca) kerana karakter saya sebelum ini.”

Suarez mengakui dia masih belum pernah bercakap tentang hal itu secara peribadi dengan Chiellini kerana masih belum bersemuka dengan pemain itu secara depan-depan selepas insiden itu.

Baca juga: Barcelona Tewaskan Atletico Madrid, Luis Suarez Jaring Gol Solo Menarik

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN