Barcelona Tewaskan Atletico Madrid, Luis Suarez Jaring Gol Solo Menarik

Barcelona kalahkan Atletico Madrid dalam aksi sengit separuh akhir pertama Copa Del Rey yang berlangsung di Vicente Calderon semalam.

Dalam perlawanan sengit itu, Luis Suarez dan Lionel Messi berjaya menemui sentuhan jaringan untuk memberikan kelebihan 2 gol di tempat lawan untuk dibawa ke perlawanan timbal balik di Nou Camp.

Suarez menjaringkan gol di awal permainan dengan memberikan pendahuluan pada minit ke-6 menerusi larian solo memukau dari tengah padang untuk menewaskan 2,3 pertahanan Atletico Madrid.

Messi kemudiannya menambah duka Atletico Madrid dengan jaringan menarik hasil rembatan kaki kiri beliau dari luar kotak penalti pada minit ke-33 untuk memberikan kelebihan 2 gol kepada pasukan pelawat.

Atletico Madrid cuba untuk kembali dalam perlawanan ini, dan berhasil mengurangkan defisit gol dengan jaringan pada minit ke-59 hasil tandukan jarak dekat oleh Antoine Griezmann.

Sengit

Perlawanan diantara 2 jaguh La Liga ini boleh dikatakan cukup sengit. Hal ini kerana dari segi penguasaan bola, Barcelona hanya mempunyai kelebihan sedikit sahaja terhadap penguasaan bola.

Mereka menguasai 57% penguasaan bola berbanding Atletico Madrid yang cuma mempunyai 43% penguasaan bola.

Namun dari segi jumlah percubaan, kedua-dua pasukan mempunyai jumlah percubaan yang sama iaitu 17 percubaan.

Tetapi Atletico cuma mempunyai 3 percubaan tepat sahaja ke arah pintu gol sementara Barcelona cuma mempunyai 8 percubaan tepat ke arah pintu gol.

Secara matematiknya, Atletico perlu menjaringkan 2 gol tanpa balas di Nou Camp pada aksi timbal balik sambil mengharapkan Barcelona tidak menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan tersebut untuk layak ke pusingan akhir Copa Del Rey.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Celta Vigo dan Deportivo Alaves.

Kesebelasan utama

Atletico Madrid: Moya (penjaga gol), Sime Vrsaljko, Stefan Savic, Diego Godin, Filipe Luis, Juanfran, Gabi (kapten), Saul Niguez, Koke, Antoine Griezmann, Yannick Carrasco

Barcelona: Jasper Cillessen (penjaga gol), Sergi Roberto, Gerard Pique, Samuel Umtiti, Jordi Alba, Ivan Rakitic, Javier Mascherano, Andre Gomes, Lionel Messi (kapten), Luis Suarez, Neymar

Baca juga: Jakupovic Hampakan Manchester United, Perlawanan Berakhir Seri Tanpa Jaringan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN