Bekas Jurulatih Timor Leste Dilantik Jadi Jurulatih Baharu Kuala Lumpur

Kuala Lumpur kini memperoleh jurulatih baharu!

Selepas kontrak pengendali sebelum ini iaitu Wanderley Junior berakhir, kini Kuala Lumpur mendapatkan pula khidmat jurulatih Fabio Magrao untuk mengendalikan skuad warga kota.

Magrao telah pun menyaksikan aksi pasukan Kuala Lumpur tempoh hari. Beliau telah menyaksikan aksi pasukan Warga Kota menewaskan pasukan Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana.

Dalam perlawanan itu, Kuala Lumpur menang 2-1.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, Magrao dijangka akan mengendalikan skuad Kuala Lumpur seawal minggu ini.

Namun tugas sukar menanti beliau apabila perlawanan pertama beliau adalah menentang pendahulu liga, Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Siapa Fabio Magrao?

Beliau merupakan seorang jurulatih muda yang baru berusia 39 tahun.

Kuala Lumpur merupakan pasukan keempat yang dilatih beliau dalam karier kejurulatihannya yang baru memasuki tahun kedua.

Sebelum ini, beliau pernah menjadi jurulatih di Dibba Al-Hisn Sports Club di liga divisyen 2 UAE.

Tidak lama selepas itu, Magrao menjadi jurulatih skuad bawah-23 tahun Timor Leste dan juga jurulatih skuad kebangsaan Timor Leste bermula pada tahun 2015.

Pada tahun 2017, beliau kini menjadi jurulatih Kuala Lumpur.

Semoga berjaya buat Magrao di Kuala Lumpur!

Baca juga: Pihak KFA Dijangka Buat Bantahan Ke Atas Gol Penalti Selangor Kepada FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN