Patah tumbuh hilang berganti, begitulah lumrah dunia dalam apa saja yang berlaku.
Begitu juga dengan bola sepak, hingga kini kita semua disajikan dengan persaingan dua pemain terhandal iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Namun, era mereka dilihat bakal berakhir dalam masa beberapa tahun lagi dan sudah tiba masa untuk pemain baharu menguasai pula.
Di mata pemain Atletico Madrid, Luis Suarez, sudah tiba masanya untuk bintang muda Borussia Dortmund iaitu Erling Haaland menggegar dunia.
Dalam temu bual bersama MARCA, Suarez mengatakan yang Haaland antara pemain nombor sembilan terhebat di dunia ketika ini.
“Haaland adalah pemain yang hebat, beliau berada di tahap yang cemerlang. Haaland mempunyai kekuatan fizikal yang cukup mengagumkan.”
“Beliau adalah seorang pemain nombor sembilan yang terhebat di dunia ketika ini dan akan meninggalkan kesan kepada bola sepak.”
Suarez amat meminati Haaland sebagai pemain namun beliau tidak menafikan yang pemain Paris Saint-Germain iaitu Kylian Mbappe turut akan cuba menguasai dunia bola sepak selepas ini.
“Saya lebih memilih Haaland, tetapi Mbappe kini merupakan pemain yang berada di tahap yang cukup tinggi.”
Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang Haaland dan Mbappe bakal mencipta perseteruan baharu bola sepak selepas ini.
Baca juga artikel kami mengenai Erling Haaland: