Erling Haaland: Mino Raiola Adalah Ejen Terbaik Di Dunia

Haaland Raiola

Ketika ramai pemerhati serta peminat bola sepak agak skeptikal dengan Mino Raiola yang sering menimbulkan masalah tetapi penyerang muda, Erling Haaland memiliki pendapat berbeza terhadap ejen berusia 53 tahun itu.

Haaland yang turut berada di bawah ‘kendalian’ Raiola melihat individu berpengaruh itu sebagai seorang ejen terbaik di dunia dalam membantu kelancaran kariernya dan berharap dapat terus bekerjasama dengannya.

Keadaan tersebut juga memperlihatkan keutuhan perhubungan kedua-dua figura penting dalam kancah bola sepak semasa itu.

Lebih menarik, Raiola memenangi gelaran ejen terbaik Eropah dalam anugerah yang disampaikan oleh akhbar Itali, Tuttosport di mana turut menobatkan Haaland sebagai ‘Golden Boy’ 2020.

”Dia [Mino Raiola] merupakan ejen yang terbaik di dunia,” ujar Haaland menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

”Dia begitu banyak membantu perjalanan karier saya. Saya berharap agar dapat terus menjalinkan kerjasama dengannya.”

Dalam perkembangan lain, Raiola yang sebelum ini mendapat kecaman susulan kenyataannya berhubung masa depan Paul Pogba bersama Manchester United sudah berakhir, tampil untuk memberikan komen baharu berhubung pemain tengah tersebut.

Beliau mengakui bahawa sukar buat Pogba untuk meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu pada jendela perpindahan Januari tetapi sebaliknya ia [perpindahan] mampu direalisasikan pada musim panas nanti.

”Ketika kita berbicara tentang Pogba di England, mereka sensetif, mungkin terlalu sensetif. Pada bulan Januari, para pemain hebat berkemungkinan besar tidak ramai yang akan berpindah, kita akan lihat apa yang akan terjadi pada musim panas.”

”Pogba akan memiliki masa depan yang cerah [meninggalkan pasukan],” tambah Raiola lagi.

Selain Haaland dan Pogba, Raiola turut menjadi ejen kepada pemain-pemain ternama seperti Zlatan Ibrahimovic, Romelu Lukaku, Matthijs de Ligt, Lorenzo Insigne, Marco Veratti, Hirving Lozano dan ramai lagi.

Kredit featured image: Paolo Manzo/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Haaland dan Raiola:

Pogba Bukan Harta Milik Solksjaer – Raiola

Raiola: Pogba Perlu Pergi, Dia Dah Tak Gembira Di Manchester United

Mino Raiola: Bukan Hanya United Kelab EPL Yang Terlepas Dapatkan Haaland

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN