Masa depan penyerang Barcelona, Luis Suarez terus menjadi persoalan selepas beliau menolak untuk menyertai Juventus pada musim panas ini.
Pemain kebangsaan Uruguay itu dilaporkan telah dimaklumkan oleh pengurus baharu Barca, Ronald Koeman untuk mencari pasukan baharu kerana nama beliau dan beberapa pemain lain tiada lagi dalam perancangannya untuk memulakan era baharu di Nou Camp.
Ivan Rakitic telah pun melengkapkan perpindahan ke Sevilla sementara Arturo Vidal dan Samuel Umtiti kini masih mencari pasukan baharu.
Suarez bagaimanapun membatalkan hasratnya untuk berhijrah Juventus disebabkan kegagalannya untuk mendapatkan passport Itali sebelum 6 Oktober, yang boleh membuatkan beliau tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim baharu.
Luis Suarez won't sign for Juventus this summer as he cannot get Italian citizenship before the deadline to register for the Champions League, reports @gerardromero pic.twitter.com/jAKsyXOrsa
— B/R Football (@brfootball) September 15, 2020
Koeman pula kini sedang giat untuk membawa masuk kapten Lyon, Memphis Depay, namun mereka perlu menjual Suarez terlebih dahulu bagi mendapatkan dana untuk membawa masuk penyerang Belanda tersebut.
Kelab Sepanyol tersebut sebelum ini menganggarkan penjualan Suarez yang kini dalam tahun akhir kontraknya boleh menghasilkan pendapat kira-kira £15 juta. Beberapa pasukan La Liga termasuk Atletico Madrid juga telah menunjukkan minat.
Sekiranya gagal, penyerang berusia 33 tahun itu mungkin terpaksa dikekalkan untuk satu musim lagi dengan kapten pasukan Lionel Messi juga sudah disahkan akan menghabiskan baki kontraknya di Barcelona sehingga tahun depan.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah: