Timo Werner Terkejut Dengan Saiz Pertahanan Di England

timo werner

Pemain baharu Chelsea, Timo Werner akhirnya sudah melakukan penampilannya rasminya bersama kelab tersebut dalam aksi yang memberikan tiga mata buat mereka dalam perlawanan menentang Brighton & Hove Albion.

Bintang Jerman yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebelum ini sememangnya antara pemain yang mencuri tumpuan di Bundesliga.

Kelajuan yang ada pada Werner jelas mencuri tumpuan ramai pihak yang menonton aksinya semalam, tetapi pada pandangan pemain itu sendiri terdapat satu perkara yang menarik perhatiannya ketika bermain.

Bercakap selepas perlawanan, Werner mengatakan yang beliau terkejut dengan saiz badan yang dimiliki oleh pemain pertahanan di England yang lebih besar berbanding di Bundesliga.

“Saya tidak pernah bermain menentang tiga pertahanan yang sungguh tinggi, dan amat besar,” kata Werner kepada Sky Sports.

Untuk rekod, Werner yang berketinggian 181 cm berhadapan dengan pertahanan tinggi seperti Adam Webster (190 cm), Lewis Dunk (193 cm) dan Ben White (185 cm).

Namun begitu, Werner dilihat begitu gembira dengan aksi perlawanan semalam dengan aksi yang ditonjolkan beliau.

“Pada saya perlawanan tadi adalah cukup menyeronokkan terutamanya di separuh masa pertama dimana saya mempunyai banyak ruang untuk melakukan larian saya.”

“Apabila kita boleh buat sedemikian kita dapat melakukan hantaran akhir yang dimana kami gagal lakukan [dalam perlawanan]. Jika kami berjaya lakukannya maka kita dapat mencipta banyak peluang.”

Werner yang dikhabarkan mengalami kecederaan sebelum perlawanan dimulakan memberikan bayangan yang beliau dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi menentang Liverpool pada perlawanan kedua.

Baca juga artikel kami mengenai Timo Werner:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN