Situasi cemas menimpa sebuah pasangan suami isteri di Singapura tempoh hari ketika mereka menonton kemenangan besar Liverpool ke atas Manchester United.
Hal ini kerana, ketika si suami sedang asyik menonton perlawanan, tanpa disedarinya air ketuban si isteri pecah!
EPL: Langsung Tak Bagi Muka, Liverpool Belasah Man United Sampai Lunyai Di Old Trafford
Sempat curi-curi tengok
Ketika kejadian itu berlaku, perlawanan baru sahaja memasuki minit ke-15 dengan Liverpool sedang selesa mendahului dua gol menerusi jaringan Naby Keita dan Diogo Jota.
Air ketuban itu pecah ketika perlawanan berlangsung dan selepas ianya disedari pasangan tersebut, maka panik mula menguasi mereka.
Si suami, Rifdi jelas sekali kelihatan panik apabila melihat situasi tersebut dan ianya membuatkan beliau tidak tentu arah ketika menguruskan isterinya yang bernama Nash.
Namun begitu, Nash masih dapat membantu suaminya dengan mengingatkan Rifdi untuk membawa apa yang patut ke hospital.
“Saya mengingatkan dia untuk membawa dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, kad temu janji dan juga dompet,” kata Nash menerusi Mothership.sg .
Sebelum itu, Nash mengadu kepada Rifdi yang air ketubannya pecah tetapi suaminya itu mengatakan yang isterinya cuma bergurau sahaja.
Namun selepas ditunjukkan air ketuban yang bertakung di tempat mereka duduk, barulah Rifdi sedar ianya adalah benar dan kemudiannya panik.
Walaupun ketika tengah panik menguruskan isteri, Rifdi tetap sempat mencuri-curi tengok perlawanan yang sedang ditayangkan di televisyen mereka.
Itulah yang dinamakan sebagai penyokong sejati!
Pregnant S'porean woman's water breaks during Liverpool-Man United match, husband loses his mind https://t.co/Bdk0ohJZ5z pic.twitter.com/GPgiJM40Bd
— Mothership (@MothershipSG) October 28, 2021
Mujur semuanya selamat
Mujur bagi Nash dan Rifdi, semuanya selamat selepas urusan semuanya diselesaikan di hospital.
Nash selamat melahirkan bayi secara normal dengan tiada sebarang komplikasi serius dilaporkan.
“Saya selamat lahirkan bayi secara normal dan jahitan saya semuanya baik.”
Bagi Rifdi yang merupakan peminat United selama 19 tahun, besarlah harapannya agar anaknya kelak bakal menyokong kelab itu nanti.
United kemudiannya tewas 5-0, jadi apa yang berlaku ini ibarat rahmat kepada Rifdi dan Nash berbanding mereka perlu menonton pasukan mereka tewas besar selamat 90 minit.
” Mujur kami tak tonton perlawanan sampai habis. Kalau tak, suami saya pasti akan menangis di rumah berbanding menangis [kesyukuran] di wad bersalin.”